Nokia Mungkin Kembali Dengan Dua Peranti Android Berspesifikasi Hebat

4.1Nokia merupakan lagenda di dalam dunia telefon bimbit, namun entah di mana silapnya, mereka tewas di dalam persaingan dunia smartphone. Ada yang menyalahkan pilihan sistem operasi, kerana mereka rasakan Nokia pasti akan kekal teguh sekiranya mereka menghasilkan peranti Android.

Impian anda semua mungkin akan menjadi nyata tidak lama lagi, Nokia dikhabarkan telah merangka rancangan untuk kembali ke dalam persaingan dunia smartphone. Untuk memulih dan mengembalikan nama mereka, Nokia mungkin akan menghasilkan peranti Android berspesifikasi tinggi yang boleh dikelaskan sebagai flagship.

Menurut sumber, model tersebut akan hadir dalam dua variasi, 5.2 inci dan 5.5 inci. Spesifikasi flagship seperti IP68, skrin OLED dengan resolusi 2K juga termasuk di dalam perancangan untuk smartphone tersebut. Ketika ini Nokia sedang giat membangunkan prototaip model tersebut dan tidak dapat dipastikan bilakah kita akan mendapatkan pengumuman rasmi dari Nokia.

You might also like