Samsung Galaxy Note 8 Dilancarkan – Dwi Kamera 12MP, Skrin 6.3” Infinity Display

 

Samsung akhirnya menebus kesalahan mereka pada tahun lepas dengan melancarkan sebuah phablet terbaru iaitu Galaxy Note 8. Peranti yang menggunakan teknologi paparan Infinity Display kini hadir dengan saiz skrin berukuran 6.3 inci bersama fungsi S-Pen. Ciri ini masih dikekalkan malah melalui skrin hampir penuh, watak Note kini lebih menonjol.

Samsung telah menambahbaik fungsi penggambaran pada peranti induk mereka. Apa yang menariknya, Galaxy Note 8 kini menyediakan sistem dwi kamera 12+12 Megapiksel di kedua-dua bahagian. Salah satunya mampu merakam gambar dalam keadaan gelap menggunakan aperture f/1.7 dan satu lagi hadir dengan aperture f/2.4 bersama zoom optikal. Kedua-dua sensor ini dilengkapi fungsi penstabilan imej (OIS) yang menawarkan ciri Live Focus membolehkan anda melaras latar belakang untuk dikaburkan. Sementara untuk kamera depan, satu unit kamera 8 Megapiksel telah disertakan.

 

Galaxy Note 8 dilengkapi dengan cip 10nm Exynos 8895, memori RAM setinggi 6GB, dan storan seluas 256GB. Android 7.1.1 Nougat telah dilantik menjadi sistem operasi untuk peranti ini dengan ciri sokongan kecerdasan buatan Bixby, Gear VR, DeX station, dan yang terbaru Live Message.

Pengalaman muzik kini ditingkatkan melalui talaan audio daripada AKG yang sama digunakan pada Samsung Galaxy S8. Sambungan tanpa wayar pula lebih pantas dengan LTE Cat16 dan Wi-Fi 802.11ac MIMO. Peranti ini dibekalkan slot kad hibrid microSD bersama bateri berkapasiti 3,300mAh Quick Charge 2.0 serta sambungan kabel USB Type-C.

Samsung Galaxy Note 8 hadir dengan warna Midnight Black, Orchid Grey, Maple Gold, dan Deepsea Blue. Bagi yang berminat, sila tunggu sehingga 5 September ini untuk sesi pra tempah. Walaubagaimanapun, harga jualannya masih lagi dirahsiakan.

https://www.youtube.com/watch?v=RKYjdTiMkXM

You might also like