
Legion C730 Dan C530, CPU Berkuasa Mudah Alih Daripada Lenovo
Ada sesetengah pengguna menganggap bermain game di komputer lebih baik berbanding di laptop. Jadi, untuk memenuhi kehendak pengguna yang masih gemarkan PC sebagai platfom untuk bermain game, Lenovo baru-baru ini telah melancarkan Legion C730 dan C530.

Direka dengan kompak dan ringan, Legion C730 dan C530 merupakan CPU yang dikuasakan papan sehingga Intel Core i7 Generasi ke-8. Ia hadir dengan memori sehingga 32GB CORSAIR DDR4 disamping sistem grafik diperhebatkan dengan kad NVIDIA GeForce GTX 1060. Menemaninya ialah sistem operasi Windows 10 dan sokongan audio Dolby Atmos.

Kuasa yang dipacu turut membolehkan Legion C730 dan C530 menyediakan pengalaman VR (realiti maya) kepada pengguna. Untuk menonjolkan identitinya, terdapat lampu RGB boleh kustom di rongga udara sebelah atas sementara, hanya lampu berwarna merah untuk Legion C530.

Bagi melengkapkan fungsi mudah-alih, CPU ini didatangkan dengan pemegang bagi memudahkan ia dibawa ke mana-mana. Harga untuk Legion C730 dan C530 ialah bermula USD830 (~RM3,326) yang akan tiba Ogos ini.

