Heartisan Watch, Jam Tangan Pintar Sokong Bacaan Tekanan Darah!

Nampaknya jam tangan pintar yang menyokong fungsi kecergasan semakin mendapat sambutan pengguna komunikasi hari ini. Heartisans, sebuah syarikat dari luar negara telah mempamerkan jam tangan prototaip terbaru mereka yang diberi nama Heartisan Watch.

Menariknya jam tangan pintar ini, ia dapat membaca tekanan darah yang mana menggabungkan teknologi pengesanan ECG (electrocardiography) dan PPG (photophletysmogram), untuk mendapatkan nilai Pulse Transit Time, sebuah parameter yang membenarkan sesuatu peranti membaca nilai tekanan darah tanpa perlu menggunakan alat biasa.

Selain itu, Heartisan turut menyokong beberapa fungsi kecergasan lain seperti bersenam, kalori, kadar degupan jantung dan pelbagai lagi. Menggunakan sambungan Bluetooth, Heartisan Watch akan menghantar data ke peranti untuk disimpan atau dijadikan panduan oleh doktor.  Heartisan Watch akan mula menerima pra-tempahan bermula pada May 2017.

Spesifikasi
  • Sistem Operasi: Apple iOS 7.0 dan ke atas, Android 4.0 dan ke atas
  • Dimensi: 46mm
  • Saiz Tali: Ketebalan: 16mm / Panjang: 12 – 15cm (Kecil) / 15 – 18cm (Besar)
  • Berat: 103g (termasuk bateri)
  • Bluetooth: v4.0

 

You might also like