
Apple baru-baru ini telah mengumumkan earphone terbarunya di bawah jenama Beats iaitu BeatsX Earphone. Selain direka bagi memenuhi keperluan pengguna mendengar muzik di mana sahaja berada, ia turut hadir dengan pemproses W1 yang boleh dipadankan dengan iPhone, Apple Watch, iPad dan juga Mac.
Apa yang istimewanya earphone terbaru keluaran Apple ini, ia boleh bertahan selama 8 jam dengan sekali isian penuh. Sekiranya kehabisan bateri, pengguna tidak perlu menunggu terlalu lama kerana peranti ini menyokong pengecasan pantas. Menurut pihak Apple, dengan mengecas selama 5 minit anda boleh menggunakannya selama 2 jam.
BeatsX Earphone ditawarkan dalam empat pilihan warna yang terdiri daripada hitam, putih, kelabu dan juga biru, anda boleh dapatkan earphone ini dengan harga RM600 di stor Apple.
https://www.youtube.com/watch?v=5-lP_4RyP_k



