Sonos Bakal Hadir Dengan Earphone Tanpa Wayar yang Boleh Dicas Ketika Digunakan??- Ini Rekaan Paten Peranti Ini?

Sonos kini telah mempatenkan earphone yang mana ia boleh dicas semasa digunakan yang mana menurut laman sesawang Zatsnotfunny, ia mungkin dihadirkan dengan bateri tambahan yang boleh disambungkan pada earphone terbabit.

Rekaan ini dilihat sangat berguna khususnya bagi mereka yang sering mendengar earphone dalam tempoh waktu yang lama dan anda tidak perli menanggalkan earphone anda untuk mengecasnya.

Ketika earphone ini ingin disimpan, ia diletakkan di bahagian sisi pod simpanan tersebut yang nyata berbeza dengan earpone tanpa wayar yang lain.

Sejauh manakah kebenaranya perlu kita nantikan ketika ia dilancarkan kelak.

You might also like