LTI Melancarkan Penyelesaian Transformasi Teknologi Operasi dengan ServiceNow

Direka cipta untuk industri pembuatan, penyelesaian ini meningkatkan kebolehlihatan, keselamatan & perkhidmatan aset Teknologi Operasi 

MUMBAI, India, 26 Mei 2021 /PRNewswire/ — Larsen & Toubro Infotech (BSE: 540005), (NSE: LTI), sebuah syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global telah melancarkan penyelesaian Pengurusan Teknologi Operasi berasaskan ServiceNow untuk industri pembuatan. Penyelesaian ini bertujuan untuk memenuhi permintaan industri bagi aliran kerja digital Pengurusan Perkhidmatan Transformasi Operasi (OT).

Penyelesaian ini memanfaatkan kepakaran teknologi dan domain LTI serta aliran kerja digital yang mendayakan keupayaan ServiceNow untuk menyampaikan penyelesaian yang selamat dan boleh diskala bagi operasi pembuatan menggunakan Now Platform. Ini akan membantu pengilang merangkum konsep Pengurusan OT selain daripada amalan Pengurusan Perkhidmatan IT (ITSM). Penyelesaian ini juga menjamin infrastruktur yang penting daripada potensi ancaman dan serangan luar dengan membantu memastikan elemen keselamatan siber OT yang asas.  

Dengan pemahaman yang diperoleh daripada penyelesaian ini, pengilang boleh menjana manfaat perniagaan seperti jaminan ketersediaan sistem dan penyelesaian masalah yang pantas melalui model data perkhidmatan yang biasa untuk operasi pembuatan. Ciri-ciri utama penyelesaian ini termasuk:

  • Kebolehlihatan OT: Membolehkan pandangan digital ke atas semua aset OT berserta lokasi, konfigurasi dan kesihatan
  • Pengurusan Perkhidmatan OT: Peningkatan masa tindak balas terhadap permintaan perkhidmatan OT
  • Keselamatan dan Tadbir Urus OT: Pengurangan risiko dan pematuhan yang ditingkatkan

Nachiket Deshpande, Ketua Pegawai Operasi LTI  berkata, “Di LTI, kami mempercayai dengan sungguh-sungguh bahawa terdapat peluang yang semakin meningkat dalam penggabungan antara alam fizikal dan digital. Peralihan ini dipercepat dengan permintaan ekonomi baharu yang kebanyakannya beroperasi dalam mod maya yang didayakan awan. Kami yakin bahawa penyelesaian rintis yang dibangunkan dengan kerjasama ServiceNow ini akan mengubah pengurusan operasi para pengilang di seluruh dunia.”

Binoy Gosalia, Ketua Kerjasama Industri Global ServiceNow berkata, “Kepakaran LTI dalam Lantai Kilang dan Pengurusan Operasi Perusahaan yang digabungkan dengan inovasi berterusan ServiceNow di seluruh Now Platform membantu memastikan bahawa Pengurusan OT memenuhi semua keperluan semasa para pengilang. Gabungan kerjasama kami akan meningkatkan kebolehlihatan, masa tindak balas dan keselamatan yang menyeluruh di seluruh rantaian nilai pembuatan.”

LTI ialah rakan kongsi elit ServiceNow dengan pelaksanaan yang merangkumi syarikat Fortune 500 serta kepakaran di seluruh ITSM, ITOM, ITBM, HRM, CSM, IRM, SecOps dan platform pengurusan perkhidmatan. Dalam laporan terbarunya, Information Services Group (ISG) telah menamakan LTI sebagai Peneraju Rakan Kongsi Ekosistem ServiceNow di seluruh perkhidmatan dalam laporan ISG Provider LensTM 2021 untuk Amerika Syarikat.

Tentang LTI: 

LTI (NSE: LTI) ialah sebuah Syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 400 pelanggan berjaya dalam dunia yang kian menumpu. Dengan operasi di 31 buah negara, kami berusaha keras untuk pelanggan kami dan mempercepat transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang membolehkan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai anak syarikat Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingan untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang paling kompleks meliputi semua industri. Setiap hari, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 35,000 warga LTI mendayakan pelanggan kami untuk meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi serta memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan para pemegang saham mereka. Ikuti kami di @LTI_Global

Berhubung dengan LTI : 

ServiceNow, logo ServiceNow, Now, Now Platform dan tanda ServiceNow yang lain merupakan tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar ServiceNow, Inc. di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Logo, nama produk dan nama syarikat lain mungkin merupakan tanda dagangan syarikat masing-masing yang dikaitkan dengannya. 

Logo : https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/lti-melancarkan-penyelesaian-transformasi-teknologi-operasi-dengan-servicenow.jpg

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications Workforce Management/Human Resources New products/services Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE

You might also like