DJI Osmo Pocket – Gimbal Kompak Dengan Sokongan Rakaman Video 4K

DJI telah memperkenalkan sebuah gimbal terbaharunya dengan rekaan lebih kecil berbanding sebelum ini, supaya mudah untuk dibawa keluar. Menampilkam ukuran 121.9×36.9×28.6m dan seberat 116g, gimbal ini mampu menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih selesa buat pengguna.

Skrin bersaiz 1-inci memudahkan anda melihat semasa membuat rakaman video.

Lebih menarik, disebalik saiznya yang kecil, DJI Osmo Pocket turut menawarkan skrin bersaiz 1-inci untuk kemudahan pengguna melihatnya secara terus daripada gimbal ini semasa membuat rakaman video. Bukan itu sahaja, ia juga menyokong penggambaran 12 Megapixel f/2.0 serta rakaman video sehingga 4K 60fps. Malah sokongan 3 paksi pula berupaya melaras secara tepat pergerakkan ketika sedang membuat rakaman bergerak.

Aksesori yang ditawarkan untuk DJI Osmo Pocket.

Dibekalkan dengan bateri Li-Po berkapasiti 875mAh yang hanya mengambil masa selama 73 minit sahaja untuk mengecas, DJI Osmo Pocket turut hadir bersama aksesori tambahan seperti pelindung kalis air, ND Filters Set, Extension Rod, Smart Adapter dan beberapa lagi.

Akan mula dijual pada 15 Disember 2018 dengan harga permulaan adalah USD349 (kira-kira RM1,462), namun untuk pasaran tempatan masih belum dapat dipastikan bila tarikhnya lagi.

[SUMBER]

You might also like