
Telefon Pintar Boleh Lipat Keluaran OPPO Dijangka Muncul Tahun Hadapan
Sebelum ini kami pernah berkongsi artikel mengenai OPPO dikatakan telah menfail reka bentuk telefon pintar boleh lipat versi mereka ke pejabat SIPO di China.
Kali ini, tersebar pula desas-desus mengatakan OPPO berkemungkinan bakal memperkenalkan rekaan paparan boleh lipat versi mereka pada acara Mobile World Congress (MWC) 2019. Tetapi, setakat ini masih tiada lagi maklumat lanjut mengenai peranti tersebut yang diperoleh.

Tahun 2019 nampaknya akan menjadi persaingan sengit era telefon pintar dengan rekaan paparan boleh lipat. Sama-sama kita tunggu siapakah gerangan yang terlebih dahulu akan hadir dengan rekaan ini! Stay tuned~
[SUMBER]
_____________________________________________________________
Artikel berkaitan:
- Samsung Infinity Flex Display : Teknologi Baru Yang Pasti Ubah Pasaran Telefon Pintar
- Huawei Bakal Perkenal Rekaan Paparan Boleh Lipat, Skrin Lebih Besar Daripada Samsung?
- Reka Bentuk Telefon Pintar Boleh Lipat OPPO Diluluskan?
- Huawei Failkan 4 Tanda Dagang Untuk Telefon Pintar Boleh Lipat – Mate F, Mate Flex, Mate Flexi & Mate Fold

