- Iklan -

Reviu Eksklusif: Redmi Note 10 5G, Telefon Bimbit 5G Paling Berpatutan & Redmi Note 10S Adalah Pilihan Terbaik Untuk Master Foto!

- Iklan -

Setelah Xiaomi melancarkan siri Redmi Note 10, baru-baru ini melancarkan dua telefon baru ke siri ini, iaitu Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S! Yang perlu disebutkan bahawa Redmi Note 10 5G adalah salah satu telefon bimbit 5G yang paling berpatutan di industri ini, sementara Redmi Note 10S mempunyai banyak konfigurasi dan prestasi yang telah ditingkatkan. Sudah tentu, yang paling penting ialah kedua-dua telefon baru ini adalah telefon bimbit yang berkualiti tinggi di bawah seribu ringgit! Seterusnya, admin akan reviu kedua-dua telefon ini dan memilih fungsi yang lebih menarik untuk dikaji secara mendalam~

Rupa sebenarnya dari segi 360 °

Redmi Note 10 5G menggunakan reka bentuk matte
Redmi Note 10S menggunakan reka bentuk berkilat 

Dari segi penampilan keseluruhan, tidak ada banyak perbezaan antara kedua-dua model. Yang paling mudah dapat dibezakan dari reka bentuk modul kamera ialah bahan belakang peranti. Redmi Note 10 5G menggunakan reka bentuk matte manakala Redmi Note 10S mempunyai reka bentuk permukaan yang halus dan terang, jadi lebih senang melekat cap jari ~

Modul kamera Redmi Note 10 5G lebih menonjol berbanding dengan Redmi Note 10S, dan bingkai badannya lebih tebal.

Kedua-dua model ini hanya mempunyai satu slot kad SIM di sebelah kiri peranti; sebelah kanan adalah butang kelantangan dan suis kuasa. Kedua-duanya menyokong fungsi membuka kunci pengimbas cap jari dengan suis kuasa. Pengimbas cap jari Redmi Note 10 5G di sisinya mempunyai reka bentuk yang tersembunyi; Redmi Note 10S tidak mempunyai reka bentuk sedemikian.

Konfigurasi bawah dan atas kedua-dua peranti mempunyai sedikit perbezaan. Bahagian bawah Redmi Note 10 5G dilengkapi dengan lubang mikrofon, antara muka Type-C dan pembesar suara; bahagian atasnya adalah bicu fon kepala 3.5mm dan sensor inframerah. Bahagian bawah Redmi Note 10S adalah bicu headphone 3.5mm, bicu mikrofon, antara muka Type-C dan pembesar suara; bahagian atasnya adalah pembesar suara dan sensor inframerah.

Paparan skrin

Ukuran skrin Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S sebenarnya tidak mempunyai perbezaan yang besar. Redmi Note 10 5G berukuran 6.5 inci manakala Redmi Note 10S berukuran 6.43 inci. Kedua-dua peranti juga memberi resolusi 2400 × 1080, membawa pengalaman visual yang berdefinisi tinggi. Selain itu, skrin ini juga menyokong mod gelap kegemaran korang. Sekiranya korang sering membaca e-buku, korang juga dapat menghidupkan mod membaca dan memilih untuk mengurangkan kesan cahaya biru atau kesan hitam dan putih yang mengurangkan tekanan terhadap mata. Kemudiannya, marilah kita reviu perbezaan kedua-dua skrin ini.

Redmi Note 10 5G dilengkapi dengan skrin berlubang IPS LCD 90Hz. Korang dapat memilih kadar penyegaran 60Hz atau 90Hz yang sesuai dengan keadaan penggunaan sendiri, tak perlu membiarkan peranti tetap aktif dalam 90Hz untuk mencapai kesan penjimatan kuasa.

Skrin Redmi Note 10S diperbuat daripada bahan AMOLED, warna yang ditampilkan di skrin lebih terang. Walaupun tidak dapat memilih kadar penyegaran, peranti ini juga mempunyai mod anti-kerlipan yang tambahan. Setelah mod ini dihidupkan, walaupun skrin ini berada dalam lingkungan cahaya yang rendah, tetapi skrin ini tidak akan ada kerlipan. Mod ini bukan sahaja dapat mengurangkan keletihan mata pengguna, bahkan juga dapat melindungi mata.

Fungsi kamera

Dari segi fungsi kamera, perbezaan antara kedua-dua peranti akan lebih ketara. Redmi Note 10 5G dilengkapi dengan konfigurasi tiga kamera, kamera utama 48MP + makro 2MP + kedalaman medan 2MP; Redmi Note 10S dilengkapi dengan empat lensa, termasuk kamera utama 64MP + sudut ultra lebar 8MP + makro 2MP + medan 2MP. Selain itu, konfigurasi lensa depan kedua-dua peranti ini juga berbeza. Redmi Note 10 5G adalah 8MP; Redmi Note 10S adalah 13MP.

Penapis kecantikan dan penyesuaian yang terbina dalam Redmi Note 10S 

Di samping itu, Redmi Note 10S mempunyai mod yang lebih banyak daripada Redmi Note 10 5G. Sebagai contoh, Redmi Note 10S mempunyai mod yang lebih profesional, rakaman panorama dan pengimbasan dokumen. Dalam mod potret (berlaku untuk lensa depan dan belakang), Redmi Note 10S menyediakan fungsi penyesuaian dan penapis kecantikan, tetapi Redmi Note 10S 5G hanya menyediakan pilihan penapis. Sudah tentu, kedua-duanya mempunyai mod rakaman definisi ultra 48MP dan 64MP masing-masing. Walaupun gambar diperbesarkan, butirannya masih jelas dan tajam. Jom kita lihat hasil gambar Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S!

Redmi Note 10 5G

Redmi Note 10S

Kapasiti Bateri dan Teknologi Pengecasan Kuasa yang Pantas

Dari segi kapasiti bateri, Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S juga mempunyai bateri 5000mAh yang terbian dalam. Korang tidak perlu risau tentang hayat bateri. Di samping itu, kedua-dua peranti ini juga menyediakan mod penjimatan kuasa dan penjimatan kuasa super. Korang boleh mengaktifkan fungsi tersebut untuk memanjangkan masa penggunaan telefon. Walau bagaimanapun, kedua-dua peranti ini menyokong kadar pengecasan pantas yang berbeza. Redmi Note 10 5G menyokong pengecasan pantas 18W; sementara Redmi Note 10S menyokong teknologi pengecasan pantas 33W yang lebih pantas.

Mengikut reviu admin, peranti ini memerlukan masa 1 jam 43 minit untuk mengecas Redmi Note 10 5G dari 13% hingga 76%. Prestasi pengecasan pantas 18W boleh dikatakan cukup memuaskan.

Prestasi pengecasan pantas 33W Redmi Note 10S agak baik, hanya mengambil masa 1 jam 25 minit untuk mengecas telefon bimbit dari 10% hingga 100% ketika dicas sepenuhnya, dan cas sampai 84% ​​dalam satu jam, memang pantas. Redmi Note 10S boleh dicas sepenuhnya dengan kuasa 5000mAh dalam jangka masa yang singkat. Persembahannya boleh dikatakan sangat baik.

Pemproses MediaTek dan sistem MIUI 12

Sekarang, marilah kita lihat konfigurasi perkakasan. Redmi Note 10 5G dilengkapi dengan pemproses MediaTek Dimensity 700, cip pemproses 7nm yang menyokong dual SIM 5G, dan modem bersepadu yang menyediakan kecekapan tenaga yang unggul. Redmi Note 10S dilengkapi dengan pemproses MediaTek Helio G95, cip hebat yang boleh membawa prestasi permainan yang lebih pantas, prestasi GPU yang lebih tinggi, dan kelajuan maksimum sampai 900MHz sejam.

Kedua-dua peranti ini telah lulus ujian penanda aras Geekbench 5. Walau bagaimanapun, keputusan kedua-dua peranti ini boleh dikatakan setanding antara sama lain, skor Redmi Note 10 5G lebih tinggi daripada Redmi Note 10S, dan prestasi keseluruhannya juga sangat baik!

Namun begitu, kedua-dua peranti menggunakan sistem operasi MIUI 12, tetapi Redmi Note 10S adalah versi MIUI 12.5 yang telah dipertingkatkan. Dari segi beberapa ciri khas, Redmi Note 10S mempunyai lebih banyak pilihan dalam operasinya. Sebagai contoh, Redmi Note 10S menyokong Always-on Display yang membolehkan korang memilih foto, teks, animasi dan lain-lain mengikut kegemaran mereka untuk menghasilkan paparan skrin yang tersendiri.

Selain itu, Redmi Note 10S juga dilengkapi dengan gaya cahaya pemberitahuan yang berlainan. Ketika Redmi Note 10S menerima mesej pemberitahuan, kesan khas akan muncul di sempadan skrin sehingga korang tidak mudah ketinggalan kandungan pemberitahuan. Lebih-lebih lagi, Redmi Note 10S juga menyediakan mod satu tangan, korang boleh memilih mod tersebut untuk mengurangkan ukuran skrin yang sesuai. Dengan fungsi ini, korang masih boleh menggunakannya apabila tidak selesa memegang telefon dengan kedua-dua tangan korang.

Yang perlu disebutkan bahawa kedua-dua Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S mempunyai fungsi Game Turbo terbina dalam, korang yang suka bermain permainan mudah alih dapat meningkatkan pengalaman permainan, dan dapat membuka jendela kecil aplikasi lain semasa bermain permainan. Korang boleh membalas mesej atau menyelesaikan operasi lain pada masa yang sama tanpa mengganggu permainan. 

Apa Kata Editor!

Dari sudut penilaian keseluruhan, Redmi Note 10S mempunyai ciri yang lebih hebat daripada Redmi Note 10 5G, terutamanya kamera quad 64MP yang sangat sesuai untuk korang yang suka mengambil gambar. Redmi Note 10S bukan sahaja dilengkapi dengan lensa pikselnya yang tinggi, tetapi juga mempunyai mod yang terbina dalam. Sudah tentu, terdapat beberapa fungsi khas yang disebutkan oleh admin di atas, korang boleh memilih peranti mengikut kebiasaan penggunaan korang. Oleh itu, jika korang memilih Redmi Note 10 5G memang dah cukup. Redmi Note 10 5G dilengkapi dengan sokongan rangkaian 5G, siap sedia untuk masa depan, dan menyediakan pengalaman pengguna yang lebih lancar.

Harga Redmi Note 10 5G adalah RM799 (8GB + 128GB), dan empat warna tersedia: Chrome Silver, Graphite Gray, Nighttime Blue, Aurora Green; harga Redmi Note 10S adalah RM899 (8GB + 128GB), dilancarkan dengan tiga warna: Ocean Blue, Onyx Gray, Frost White. Redmi Note 10S sudah mula dijual, dan Redmi Note 10 5G akan mula dijual mulai 28 Mei. Korang boleh membelinya secara atas talian melalui kedai Xiaomi Lazada dan Shopee rasmi, atau melalui Kedai Mi yang rasmi dan kedai peruncit rasmi lain.

Korang yang membeli Redmi Note 10 5G boleh menerima T-shirt Redmi Note 10 5G (hanya untuk pembelian dalam kedai), Mi True Wireless Earbuds Basic 2 dan jaminan perlindungan skrin 6 bulan (tersedia untuk produk yang dibeli sebelum 28 Ogos); Bagi korang yang membeli Redmi Note 10S dari Mi Store yang rasmi, korang dapat menerima hadiah Mi True Wireless Earbuds Basic 2 yang eksklusif, siapa cepat dia dapat, hadiah percuma akan dihadiahkan sampai stok habis.

- Iklan -

You might also like