Reviu Eksklusif: Peranti flagship Android yang terkecil di dunia! ASUS ZenFone 8 Tampil Dengan Spesifkasi Raksasa!!!

Selain iPhone 12 dan 12 mini, macam tidak ada pilihan untuk telefon bimbit flagship di pasaran yang dapat dikuasai dengan satu tangan sahaja? Ketika semua orang bertumpu untuk menyerang pasaran telefon bimbit skrin yang besar, ASUS menyiasat dan mendapati bahawa masih banyak orang yang memilih saiz telefon bimbit yang dapat dicengkam dengan satu tangan. 

Oleh itu, ASUS membawa siri ZenFone 8 balik ke pasaran Malaysia tahun ini. ZenFone 8 adalah telefon bimbit flagship dengan skrin kecil, dan peranti ini juga akan direviu hari ini! Jangan ditipu oleh ukurannya yang kecil, keseluruhan konfigurasi, spesifikasi, dan prestasinya benar-benar merupakan peringkat flagship. Jom reviu teknologi canggih yang digunakan oleh ASUS untuk membina ZenFone 8, dan fungsi barunya! Korang yang berminat terhadap peranti ini, jangan lepaskan peluang ini!

Harga:

  • 8GB+256GB = RM2699
  • 16GB+256GB = RM3299

Penampilan dari segi 360 ° 

ASUS ZenFone 8 adalah salah satu model yang dapat mengekalkan ukuran badan di bawah 150mm. Reka bentuk keseluruhan lebih bulat. Permukaan skrin depan 5.9 inci menggunakan Corning Gorilla Glass Victus, bingkai tengahnya diperbuat daripada logam aluminium, dan bahagian belakangnya adalah Corning Gorilla Glass 3. Peranti ini menggabungkan reka bentuk ergonomik permukaan melengkung 3D, rasanya sangat baik untuk dipegang dengan satu tangan, dan kaca matte juga mempunyai cengkaman tangan yang selesa. Peranti ini tidak mudah mempunyai kesan cap jari, dan sangat mudah untuk mengelapkannya! 

Terdapat butang kelantangan dan butang kuasa yang berwarna biru di sebelah kanan, mengingatkan korang bahawa butang kuasa juga dapat digunakan sebagai butang pelbagai fungsi! Dari kiri ke kanan di bahagian bawah terdapat slot kad SIM, mikrofon, port pengecasan Type-C, lampu pemberitahuan LED dan pembesar suara saluran kanan. Pembesar suara saluran kiri dikongsi dengan kedudukan lubang suara. Bahagian atas dilengkapi dengan mikrofon lain dan pembesar suara. Dengan bicu fon kepala 3.5mm, korang boleh mengucapkan selamat tinggal kepada penyesuai semasa mendengar muzik dan menonton video! Keseluruhan peranti hanya selebar 68.5mm, tebal 8.9mm, dan berat bersih 169g. Walaupun peranti ada sedikit tebal, tetapi ketebalannya dapat diabaikan kerana konfigurasi yang hebat terdapat dalam badan peranti ini. Lagipun, badan ZenFone 8 juga menyokong IP68 kalis debu dan air!


5.9 inci FHD + 120Hz HDR10 + S. AMOLED skrin berlubang

Untuk memudahkan operasi dengan satu tangan, ZenFone 8 dilengkapi dengan skrin berlubang FHD + S. AMOLED 5.9 inci di bahagian depan! ASUS memang bangga dengannya kerana kualiti panel E4 yang dihasilkan oleh SAMSUNG memang terjamin, sama ada dari segi ketelitian 446ppi, kecerahan maksimum 1100 nits, atau kawalan suhu warna DCI-P3 deltaE <1 yang berketepatan tinggi!

Lebih-lebih lagi, peranti ini juga menyokong kadar penyegaran ultra-tinggi 120Hz, dan HDR10 +. Pelbagai konfigurasi yang unggul menunjukkan bahawa ZenFone 8 adalah model flagship- Walaupun bingkai skrin lebih tebal sedikit, mungkin juga disebabkan ZenFone 8 memasukkan sebahagian besar konfigurasi ke dalam badan peranti ini.

Dalam tetapannya, korang dapat menetapkan kadar penyegaran 60Hz, 90Hz, 120Hz dan automatik, mungkin korang boleh membuat pilihan bergantung pada kuasa baterinya. Walaupun kadar penyegaran hanya dapat dipilih dalam mod bateri Dynamic ataupun High Performance, tetapi fungsi ini tidak dapat disesuaikan dalam mod penjimatan kuasa.

Sudah tentu, ZenFone 8 juga mempunyai mod perlindungan mata yang sesuai untuk penggunaan peranti dalam cahaya rendah, serta mod gelap yang dapat menetapkan masa diaktifkan dan ditutupkan.

Pemproses Snapdragon 888 5G

Konfigurasi lain yang membuktikan identiti flagship ZenFone 8 adalah cip Snapdragon 888 5G yang paling kuat terbina dalam. Terdapat memori LPDDR5 dan memori kilat UFS3.1 secara kolektif disebutkan sebagai 3 pakej flagship!

Melalui skor larian AnTuTu Benchmark V9, korang dapat melihat prestasi ZenFone 8 mudah memasuki 10 teratas, berkat skrin kecil 5.9 inci dan resolusi FHD+ yang baik. Lagipun, peranti flagship tahap ini dipasang dengan skrin 2K +, terlalu banyak beban bukanlah perkara yang baik!

Masalah kepanasan peranti yang korang risaukan, sebenarnya Snapdragon 888 benar-benar sukar ditangani. Peranti ZenFone 8 mempunyai paip pelesapan haba yang berdedikasi, tetapi dalam proses berjalan ujian mencapai 42.7 °. Seluruh badan peranti memang panas, terutamanya kerangka tengah logam, boleh dikatakan sangat panas, korang yang tidak dapat tahan, admin mencadangkan korang untuk melihat peranti lain!

Ujian permainan

Admin menggunakan “PUBG M” untuk menguji ZenFone 8. Semasa admin cuba bermain permainan dengan semua tetapan penuh dan mod prestasi yang tertinggi, admin mendapati bahawa setelah hampir 15 minit permainan, badan peranti sudah terasa panas, tetapi secara keseluruhan kepanasannya tidak gila semasa ujian peranti dijalankan. Tahap kepanasan masih dalam jangkauan yang dapat diterima, tetapi permainan bermula lag pada ketika itu. Perasaan keseluruhannya tidak menyenangkan, memang mempengaruhi kebarangkalian makan ayam. Korang boleh melihat rakaman skrin admin. Walaubagaimanapun, kadar pensampelan sentuhan 240Hz menyediakan pengalaman operasai tangan yang baik!

Dari segi cengkaman tangan, ZenFone 8 mempunyai bicu fon kepala 3.5mm di sebelah kiri atas, jadi korang perlu terbalik peranti ini ketika memegangnya secara mendatar. Kalau korang terbaliknya, peranti ini akan tersangkut di telapak tangan korang. Oleh sebab reka bentuk yang menarik di bahagian belakang, korang akan rasa cengkaman tangan agak selesa semasa dipegang dengan kedua-dua tangan, langsung tidak akan mempengaruhi skrin permainan.

Yang terbaik ialah ZenFone 8 juga menyediakan pembantu permainan yang serupa dengan ROG Phone 5 – Game Genie, terbina dalam dengan pelbagai fungsi untuk menjadikan pengalaman permainan yang lebih baik!

Mod operasi satu tangan

ZenFone 8 adalah model untuk menjadikan operasi satu tangan lebih mudah! Terdapat mod operasi satu tangan yang baru bersama dengan skrin 5.9 inci!

Sekirannya korang meluncur ke bawah di bahagian bawah skrin untuk mengaktifkan mod satu tangan, dan keseluruhan antara muka akan menjadi separuh.

ZenFone 8 juga membolehkan korang membuat penyesuaian mengikut keselesaan ibu jari korang dalam tetapan, merupakan mod operasi satu tangan yang agak istimewa!

Ujian pembesar suara dwi 3D

Badan kecil ZenFone 8 tidak lupa menyediakan pembesar suara dwi bagi peranti flagship.

Pertama sekali, peranti ini menyokong pembesar suara tahap flagship Cirrus Logic CS35L45 pada tahap yang sama dengan ROG Phone 5, dan diberkati dengan teknologi audio DIRAC HD!

Menurut ASUS, gabungan perkakasan dan perisian ini membolehkan siri ZenFone 8 memberikan kualiti suara yang berdefinisi tinggi dan distorsi rendah sambil menambahkan nada buatan pada suara asal sumber audio untuk mencapai prestasi Bass yang dapat mengejutkan persepsi pendengaran, merupakan wakil bass yang terbaik dalam siri ZenFone!

Selepas ujian, kualiti suara pembesar suara dwi ZenFone 8 yang berkualiti tinggi memang merupakan salah satu telefon bimbit yang dilengkapi dengan audio baik yang pernah admin dengari. Peranti ini bukan sahaja mempunyai kualiti suara midrange dan treble yang kuat, prestasi bassnya juga sangat mengejutkan, sukar diperihalkan dengan perkataan. Untuk menyatakannya dalam perkataan, admin mengesyorkan agar korang yang menyelidik audio untuk menikmati pengalaman audio ZenFone 8 sendiri!

Oh, betul, ZenFone 8 juga mempunyai Hi-Fi DAC Aqstic WCD9385 yang terbina dalam. Setelah memasang fon kepala, korang boleh menyesuaikan gaya muzik kegemaran korang melalui AudioWizard!

Teknologi Interposer PCB Board / kapasiti bateri 4000mAh/ pengecasan pantas 30W

Untuk menjimatkan ruang dan memasukkan lebih banyak perkakasan ke dalam ZenFone 8 yang bersaiz kecil, ASUS secara khususnya menggunakan papan induk teknologi Interposer PCB Board!

Berbanding dengan papan induk tradisional, papan induk teknologi Interposer PCB Board dengan tepat menyatukan 618 titik hubungan pada papan induk kecil, bukan sahaja mencabar kecekapan teknikal, tetapi juga mencerminkan teknologi ASUS yang hebat!

Setelah berjaya mengurangkan ruang yang digunakan oleh papan induk, ZenFone 8 dapat dipasang dengan kapasiti bateri 4000mAh, mudah untuk memberikan pengisian penuh selama dua hari. Dengan kapasiti ini, prestasi baterinya boleh dikatakan agak baik!

Dari segi pengecasan, ZenFone 8 mempunyai teknologi pengecasan pantas 30W, dan memerlukan 1 jam 21 minit untuk mengecas sepenuhnya, masih berada di tingkat atas-tengah!

Dwi-kamera 64MP/ cermin depan PDAF 12MP

Bahagian belakang kamera dilengkapi dengan lensa utama dwi-kamera 64MP f/ 1.8 IMX686 dan 12MP f/ 2.2 IMX363 ultra lebar. ZenFone 8 tidak lagi boleh dimasukkan ke dalam lensa telephoto mungkin disebabkan ukurannya! Takpe, bergantung kelebihan piksel dan algoritma yang besar, lensa utama ZenFone 8’s 64MP dapat memberikan keupayaan zoom 2x, dan perincian selepas zoom masih sangat mengagumkan!

Pada masa yang sama, lensa utama juga dilengkapi dengan fokus fasa 2x10CL, OIS, mod rakaman profesional (8K), radio tiga mikrofon, dan serangkaian mod baru seperti pemandangan malam, penjejakan objek dan mod dokumen, yang dapat dikatakan cukup hebat!

Lensa ultra lebar 12MP mempunyai pengimejan yang baik, pembetulan distorsi yang sangat baik, dan kualiti gambar tidak kalah dengan lensa utama. Peranti ini juga bergantung pada fungsi fokus Dual PD dan dapat mencapai tugas rakaman makro. Dengan kata lain, dwi kamera ZenFone 8 sudah mencapai tahap kamera quad!

Lensa selfie 12MP di bahagian depan adalah sensor IMX668 yang pertama di industri. Dengan fungsi fokus Dual PD, peranti ini juga dapat mengambil gambar selfie yang luar biasa. Marilah kita lihat hasil gambar yang sebenar! !

Hasil Gambar

Apa Kata Editor!

Kelebihan:

  • Skrin S. AMOLED 5.9 inci 120Hz mempunyai daya paparan yang sangat baik
  • Badan yang padat dan cengkaman yang halus
  • Pengimejan dwi-kamera 64MP dengan perincian yang kaya
  • Pembesar suara dwi 3D yang luar biasa
  • Sedia ada bicu fon kepala 3.5mm/ kalis air dan habuk IP68

Kekurangan:

  • Snapdragon 888 yang mudah panas dan lag semasa bermain permainan 
  • Hanya mempunyai kapasiti bateri 4000mAh
  • Kelajuan pengecasan 30W cukup memuaskan
  • Rangka skrin perlu disempitkan
  • Tidak menyokong pengembangan microSD
You might also like