Beli Honor 9 lite Dan Dapatkan Produk Kosmetik Maybelline

Honor Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan jenama fesyen terkemuka TNTCo dan Maybelline. Sempena promosi ini, pelanggan akan ditawarkan produk Maybelline bernilai RM58 jika pembelian honor 9 Lite berharga RM749 dibuat pada 27 Mac 2018 dan seterusnya.

Promosi yang bakal bermula esok hanya ditawarkan di kedai rasmi honor Malaysia di e-gedung Shopee. Hadiah yang akan diberikan hanya terhad kepada 150 pembeli terawal.

Honor 9 Lite didatangkan dengan skrin 5.65-inci HD penuh+ bersama dwi-kamera utama 13 MP + 2 MP sama seperti konfigurasi kamera depan. Sekaligus, peranti ini didatangkan dengan sistem kuad-kamera untuk penggambaran lebih menyerlah.

Reviu Eksklusif: honor 9 Lite, Penggambaran Fotografi Seakan Peranti Kelas-atasan

You might also like