
Seperti yang kami janjikan dua minggu lalu, kami bawakan kepada anda perkembangan pelancaran satu lagi pilihan kamera selfie terbaik, kali ini dari Vivo.
Menyedari tren selfie yang telah muncul beberapa tahun dahulu kini menjadi seolah-olah salah satu keperluan dalam kehidupan pengguna digital, Vivo bertindak melahirkan sebuah smartphone yang menawarkan kualiti gambar selfie terbaik dengan melengkapkan kamera hadapan berspesifikasi tinggi.
Vivo V5 mempunyai lensa kamera hadapan 20 megapiksel berserta tataan cahaya khas yang dikenali sebagai softlight bagi menghasilkan gambar yang lebih natural dan terang ketika anda mengambil selfie di kawasan yang mempunyai cahaya terhad.
Tidak meletakkan fokus kepada kamera hadapan semata-mata, Vivo juga menawarkan pengguna spesifikasi yang cukup baik pada V5. Pemproses MediaTek MT6750 1.5GHz dibantu 4GB RAM bagi memastikan anda tidak menghadapi masalah melancarkan aplikasi dan melakukan kerja pada smartphone ini. Bateri 3000mAh pula dibina di dalam V5, cukup untuk membekalkan anda kuasa operasi sehingga sehari, jadi anda tidak akan terlepas peluang untuk berselfie.
Di samping memperkenalkan V5, Vivo juga memperkenalkan duta pertama Vivo. Ratu industri muzik negara kita, Dato Siti Nurhaliza menjadi duta produk ini dan sempat berkongsikan pengalamannya menggunakan Vivo V5 untuk berselfie. Mengakui bahawa beliau amat gemar berselfie, Dato Siti Nurhaliza menyatakan bahawa kualiti kamera hadapan amat penting baginya dan Vivo V5 adalah peranti yang dicari-carinya untuk gambar selfie terbaik. Jadi kalau anda semua mahu gambar selfie anda secantik Dato Siti Nurhaliza, bolehlah cuba Vivo V5 di stor jualan mereka, kalau puas hati bolehlah beli.
Vivo V5 dijual pada harga RM 1,299.
Spesifikasi
Sistem Operasi | Funtouch OS 2.6 (based on Android 6.0 Marshmallow) |
Skrin | 5.5 inci, 1280 x 720 piksel |
Pemproses | MediaTek MT6750, Octa-Core 1.5GHz 64bit |
Hi-Fi Chipset | AK4376 |
Memori | RAM: 4GB ROM: 32GB dengan sokongan MicroSD sehingga 128GB |
Kamera | Hadapan: 20 megapiksel dengan softlight Belakang: 13 megapiksel dengan LED Flash |
Bateri | 3000mAh |
Sambungan | USB, Wi-Fi, Bluetooth 4.0, OTG |
Harga | RM 1,299 |