Celcom Menawarkan Peranti Percuma Dengan CELCOM BLUE CUBE WEEKEND!

1Mulakan percutian akhir tahun anda dengan memiliki telefon pintar baru sepanjang kempen Blue Cube Weekend yang dianjurkan oleh Celcom Axiata Berhad. Tawaran hujung minggu istimewa ini bermula 25 sehingga 27 November 2016 di mana anda berpeluang memiliki telefon pintar percuma dan diskaun hebat sehingga 80% untuk semua peranti dengan mendaftar pelan Celcom FIRST™ di semua cawangan Blue Cube dan Celcom Centre.

Sejajar dengan pelancaran pelan baru Celcom FIRST yang menawarkan kuota internet yang terbesar, serta usaha pemodenan rangkaian Celcom 4G, Blue Cube Weekend membolehkan pelanggan memiliki sebuah telefon pintar baru pada nilai yang hebat. Terdapat juga diskaun hebat sehingga 80% bagi telefon pintar terbaru, dengan harga serendah RM288 di semua 60 cawangan di seluruh negara.

2Peranti percuma boleh dimiliki dengan mendaftar mana-mana pelan Celcom FIRST, samada Celcom FIRST Platinum dengan 60 GB pada kadar RM150 atau FIRST Gold Plus dengan 40GB pada RM98. Pelanggan sedia ada juga boleh menikmati telefon pintar PERCUMA apabila mereka menaik taraf dan menambah pelan langganan kepada Celcom FIRST Platinum atau pelan FIRST Gold Plus sepanjang Blue Cube Weekend.

You might also like