Computex 2019: ASUS Perkenal ZenBook Pro Duo, Dua Paparan Skrin Beri Dua Kali Kepuasan

ASUS telah memperkenal satu lagi peranti terbaharu keluaran mereka di Computex 2019 iaitu ZenBook Pro Duo yang pastinya memberikan prestasi yang terbaik kepada pengguna.

Ia merupakan komputer riba yang disertakan dengan kelebaran penuh 4K Screenpad skrin sesentuh yang mampu mempertingkatkan kreativiti anda.

Paparan komputer riba ini juga sangat menawan apabila ia tampil dengan frameless four sided 4K OLED HDR NanoEdge pada paparan utama

Apa yang lebih menarik ia tampil dengan spesfikasi yang sangat menakjubkan dengan disertakan generasi ke-9 Intel Core i9 dan juga grafik GeForce RTX2060 pasti memukan kepada yang menggunakannya.

Terdapat dua varian bagi model ini iaitu ASUS ZenBook Pro Duo (UX581) dan (UX481).

Berikut merupakan spesifikasi penuh peranti ini:

ZenBook Pro Duo (UX581)
  • Pemproses – Intel Core i9-9980HK / Intel Core i7-9750H
  • Sistem Operasi – Windows 10 Pro / Windows 10 Home
  • Paparan – 15.6 inci OLED 4K (3840 x 2160) / ScreenPad Plus- 14″ 4K UHD Skrin sesentuh
  • Grafik – NVIDIA GeForce RTX 2060 – 6GB GDDR6
  • Memori – DDR4 2666MHz sehingga 32GB
  • Storan – 1TB PCIe x4 SSD / 512GB / 256GB x2 SSD
  • Bateri – 71Wh 4-Cell Lithium Polymer Bateri
  • Dimensi – 359mm x 246mm x 24mm
  • Berat – 2.5kg

 


ZenBook Pro Duo (UX481)
  • Pemproses – Intel Core i7 yang terbaharu
  • Sistem Operasi – Windows 10 Pro / Windows 10 Home
  • Paparan – 14 inci FHD (1920 x 1080) / ScreenPad Plus- 12.6″ FHD Skrin sesentuh
  • Grafik – NVIDIA GeForce MX250-2GB GDDR5 VRAM
  • Memori – LPDDR3 2133MHz sehingga 16GB
  • Storan – 1TB PCIe x4 SSD / 512GB / 256GB x2 SSD
  • Bateri – 70Wh 4-Cell Lithium Polymer Bateri
  • Dimensi – 323mm x 223mm x 19mm
  • Berat – 1.8kg

 

** Terima kasih atas tajaan ASUS Malaysia ke Computex 2019

 

You might also like