ROG Umum Ketersediaan Model Baharu ROG G703GX Dan ROG Zephyrus S GX531GW Siri RTX Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM9999

Jenama gaming terkemuka dunia, ASUS Republic Of Gamer (ROG) telah mengumumkan ketersediaan model baharu ROG G703GX dan ROG Zephyrus S GX531GW siri RTX Di Malaysia.

Bagi model ROG G703G-XEV121T, ia bakal dijual pada harga RM19999 manakala bagi model G703G-XEV115T pula ia bakal dijual pada harga RM14999. Peranti yang berspesifikasi tinggi ini dilengkapi dengan NVIDIA GeForce RTX2080.

Bagi G703G-XEV121T, ia dikuasakan oleh pemproses Intel Core i9 manakala bagi G703G-XEV115T pula ia dikuasakan oleh Intel Core i7. Turut disertakan dengan sistem HyperCool Pro thermal. Dalam pada itu ia turut dilengkapi dengan VRAM iaitu GDDR6 8GB. Berikut merupakan spesifikasi penuh peranti ini.

Nama Model G703G-XEV121T G703G-XEV115T
Warna Titanium Titanium
CPU Intel® Core™ i9-8950HK Intel® Core™ i7-8750H
Memori DDR4 2666 16G*2 DDR4 2666 16G
Jumlah Slot RAM 4 4
Storan PCIE G3x4 512GB*2 M.2 SSD (Raid 0) +PCIE G3x4 512GB M.2 SSD 1TB SSHD(Firecuda)+PCIE G3x4  256GB*2 M.2 SSD
Saiz LCD  17.3″ FHD//IPS Level//144hz//3ms//100% sRGB//Anti-glare 17.3″ FHD//IPS Level//144hz//3ms//100% sRGB//Anti-glare
GPU NVIDIA GeForce RTX2080 NVIDIA GeForce RTX2080
VRAM GDDR6 8GB GDDR6 8GB
Bateri 96WHrs, 4S2P, 8-cell Li-ion, 14.4V 96WHrs, 4S2P, 8-cell Li-ion, 14.4V
Harga RM19999 RM14999

 

Dalam pada itu, Zephyrus S pastinya memenuhi keperluan anda disamping rekaan yang menarik dan nipis. Peranti ini dikuasakan oleh Intel Core i7-8750H. Ia disertakan dengan NVIDIA GeForce RTX2070 MAX-Q.

Dengan saiz LCD sebesar 15.6 inci pastinya memberikan kepuasan tontonan kepada pengguna. Disertakan dengan 144Hz Refresh rate dan 3ms respond time pastinya tidak akan mengecewakan. Berikut merupakan spesifikasi penuh peranti ini.

Model ROG Zephyrus S
Warna Metal
CPU Intel® Core™ i7-8750H
Memori DDR4 2666 8G*1+8G
Jumlah Slot RAM 1
Storan PCIE NVME 512GB M.2 SSD
Saiz LCD 15.6″ FHD//IPS Level//144hz//3ms//100% sRGB//Anti-glare
GPU NVIDIA GeForce RTX2070 MAX-Q
VRAM GDDR6 8GB
OS Windows 10 Home (64bit)
Bateri 60WHrs, 4S1P, 4-cell Li-ion, 15.4V
Harga(RM) RM9999

 

_________________________

Baca juga:

You might also like