MWC 2019: HUAWEI Umum Bakal Bina Platform Servis Digital Terbaharu Bagi HUAWEI AppTouch

Ketika Mobile World Congress (MWC 2019), HUAWEI telah mengumumkan bahawa mereka akan membina platform servis digital terbaharu bagi HUAWEI AppTouch.

Naib Presiden Mobile Services, HUAWEI Consumer Business Group, memperkenalkan HUAWEI Mobile Services bagi menghasilkan pelbagai senario, pengalaman digital berkualiti tinggi bagi pengguna HUAWEI. Pada ketika ini HUAWEI Mobile Services telah memasuki lebih dari 170 buah negara, dengan lebih 500 juta pengguna diseluruh dunia yang mana 75 juta pengguna adalah di luar pasaran China.

Platform AppTouch baharu mengintegrasikan sumber ekosistem kandungan digital global dan ia akan menjadi bahagian penting bagi HUAWEI Mobile Services. Ia akan menyediakan kepada pengguna kandungan digital servis cloud. Ia akan menyediakan carrier dengan platform, kandungan, saluran dan solusi ekologi dan servis bagi membantu carrier membangunkan perniagaan dan mempertingkatkan pengaruh jenama.

Sehingga kini platform HUAWEI AppTouch telah menyediakan servis kepada lebih dari 60 carriers di lebih dari 40 buah negara di Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin. Pengguna berbayar bulanan ketika ini melebihi 20 juta.

Menurut Jervis Su, HUAWEI AppTouch mempunyai beberapa kelebihan antaranya ialah ekosistem globalisasi yang mana ia pengagregatan pelbagai kandungan global seperti game, video dan muzik. Ia juga mampu membenarkan carrier menyebarkan kandungan digital baharu. HUAWEI AppTouch ini juga mengintegrasi saluran pemasaran yang mana ia mampu mencapai kepada pengguna dengan lebih cepat.

Platform AppTouch bakal dipasarkan secara rasmi ketika Digital Game Conference (DGC) di Dubai pada 5 Mac.

_______________________

Baca juga:

You might also like