OPPO Membuka Kedai Flagship Di KLCC – Pertama Seumpamanya Di Asia Tenggara

Memandangkan jenama OPPO semakin mendapat permintaan di pasaran tempatan, OPPO Malaysia dengan ini akan membuka flagship store di KLCC sekaligus menjadikan yang pertama di Asia Tenggara. Kedai ini juga direka khusus dengan lebih premium bagi memberikan pengalaman kepada O-fans di luar sana.

Pembukaan rasmi akan diadakan pada 22 Julai 2017 (Sabtu ini) dan OPPO juga menyediakan pelbagai tawaran menarik. Pelanggan yang hadir berpeluang menyertai permainan dalam “learn & play to win” sepanjang tempoh hari pembukaan. Setiap peserta yang menyertai, akan diberikan hadiah-hadiah seperti pengecas kereta, pemegang kereta, o-ring dan juga kipas.

Menariknya, pelanggan yang membeli mana-mana peranti OPPO akan diberikan satu cabutan bertuah (pusingan roda), dan berpeluang untuk memenangi pengecas kereta, selfie stick, fon telinga atau kabel USB, malah Weloop Now2 Smart Band (bernilai RM199) sedia untuk dibawa pulang.

 

You might also like