Rasmi! Sony Xperia XZ Premium Dan Xperia XA1 Ultra Dilancarkan!

(Dari kiri) Andrew Cheong, Pengarah Sony Mobile Malaysia dan Jason Lam, Pakar Saluran Sony Mobile Malaysia bersama-sama Xperia XZ Premium.

Berlangsung di The Cooking House Bangsar, Sony Malaysia secara rasminya membawa masuk peranti terbaru Xperia XZ Premium dan Xperia XA1 Ultra. Model terbaru ini masih lagi mengekalkan karakteristik Xperia yang berbentuk segi. Telefon pintar flagship Xperia Premium ini telah mendapat anugerah Telefon Pintar Baru Terbaik di MWC 2017 di Barcelona baru-baru ini.

Sebagai telefon pintar yang terbaik, Xperia XZ Premium direka menggunakan teknologi daripada BRAVIA TV untuk menghasilkan paparan 4K HDR yang pertama di dunia dengan saiz skrin 5.5 inci Corning® Gorilla® Glass 5 berteknologi TRILUMINOS menghasilkan kontra, kejelasan, keterangan dan juga warna yang sangat tepat. Jika sekarang anda masih bertanya bagaimana untuk memainkan paparan 4K HDR, Amazon Prime adalah aplikasi di mana pengguna dapat menonton video yang menyokong resolusi setinggi itu.

Beralih kepada keupayaan kamera pula, ia hadir dengan sensor Exmor RS™19 Megapiksel F/2.0 di belakang bersama fungsi Motion Eye yang dapat menangkap 4 gambar sebelum butang shutter ditekan, oleh itu pengguna tidak akan terlepas setiap pergerakan yang dibuat. Fungsi ini sesuai digunakan untuk menangkap gambar yang sedang bergerak. Selain itu, rakaman Super Slow Motion mampu merakam video gerak perlahan sehingga 960fps yang pertama di dunia dihasilkan pada telefon pintar.

Perkakasan dalaman pula tidak kurang hebatnya dengan cip kuasa Qualcomm Snapdragon 835 lapan teras, RAM 4GB, ruang storan 64GB dan disertakan sambungan LTE CAT16 mampu menarik liputan sehingga 4.5G. Pemindahan data fail sangat pantas ini menggunakan USB3.1 dengan kelajuan 10 kali ganda berbanding USB2.0 ditambah dengan Bluetooth 5 yang terbaru.

Spesifikasi yang tinggi ini tidak akan lengkap dengan bateri berkapasiti 3,230mAh juga menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Ia hadir dengan Qnovo Adaptive Charging dan Battery Care untuk memastikan jangka hayat bateri bertahan lebih lama. Di samping itu, fungsi kalis air dan kalis habuk IP67 masih dikekalkan. Harga bagi peranti hebat ini ditawarkan pada harga RM3,399.

 

Seterusnya untuk model Xperia XA1 Ultra yang dijual pada harga RM1,899 hadir dengan paparan skrin 6.0 inci HD penuh 1080p, pemproses MediaTek Helio P20 lapan teras dengan RAM sebesar 4GB, dan storan 64GB.

Kamera belakang mendapat sensor Exmor RS™23 Megapiksel F/2.0 bersama Hybrid AutoFocus manakala kamera depan pula 16 Megapiksel disokong fungsi OIS dan Smart Selfie Flash. Sistem operasi pada peranti Xperia XA1 Ultra ini ialah Android 7.0 Nougat berbanding Android 7.1.1 Nougat pada Xperia XZ Premium. Kedua-dua peranti dilengkapi dengan sistem audio SmartAmp dan Clear Audio+ untuk memastikan lontaran suara pada speaker tajam dan jelas.

Warna pilihan
Xperia XZ Premium: Luminous Chrome, Deepsea Black & Bronze Pink

Xperia XA1 Ultra: Gold, White, Black & Pink

Anda boleh mula pra-tempah kedua-dua model ini bermula 25 Mei sehingga 4 Jun 2017 di kedai terpilih Sony Stores, Sony Mobile Stores, Sony Centres, pengedar yang sah dan menerusi laman jualan atas talian 11street.

Setiap pra-tempah untuk peranti Xperia XZ Premium, pembeli akan mendapat Bluetooth Headset SBH80 (bernilai RM399), kad Touch N’ Go edisi terhad dengan kredit RM100, Screen Warranty Care+ dan sarung jernih bersama pelindung skrin. Untuk pra-tempah Xperia XA1 Ultra pula, pembeli diberikan Quick Charger UCH12W bernilai RM199, sarung jernih, pelindung skrin kesemua berjumlah RM328.

 

You might also like