- Iklan -

Malaysia Airports, HUAWEI Technologies Malaysia Tandatangan MoU Untuk Inisiatif Digital

Malaysia Airports telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama HUAWEI Technologies Malaysia untuk menyokong visi transformasi digital –antaranya, inisiatif Airports 4.0. Diselenggarakan oleh Malaysia Airports, inisiatif Airports 4.0 merupakan rangka kerja trasformasi digital yang merangkumi peningkatan infrastuktur, pembangunan kapasiti dan inovasi digital.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – MAY 6, 2019: Malaysia Airline commercial aircraft at KLIA airport during sunset

Ia bertujuan meningkatkan pengoptimuman terminal, kecekapan operasi, penjanaan pendapatan dan peraturan bagi menyajikan pelanggan pengalaman yang dipertingkatkan. Berdasarkan rangka kerja sedia ada, tumpuan utama inisiatif Airports 4.0 adalah meningkatkan penyambungan dan maklumat masa nyata dengan menghubungkan semua kepentingan dalam satu ekosistem digital bersepadu sepenuhnya.

‘Pada teras MoU, Joint Innovation on Fully Connected Airport Initiative’ bertujuan mengukuhkan akses dan kecekapan melalui digitalisasi lapangan terbang yang dikendali oleh Malaysia Airports. Melalui kerjasama ini, HUAWEI dapat memanfaatkan penyelesaian dan kepakaran ICT baru bagi menyokong usaha mempecepatkan transformasi digital industri penerbangan.

Bidang tumpuan kerjasama ‘Joint Innovation on Fully Connected Airport’ adalah kajian bagi melaksanakan reka bentuk seni bina rangkaian generasi akan datang untuk menyatukan rangkaian berwayar di lapangan terbang – berkemungkinan teknologi Wi-Fi 6, Digital Indoor Solution (DIS) 4G dan teknologi 5G di lapangan terbang dapat meningkatkan kecekapan operasi sekaligus menyajikan pengalaman terbaik buat orang ramai. Ia juga bertujuan melaksnakan penyelesaian loT yang sesuai berkaitan dengan sambungan.

Akhir sekali, kerjasama ini juga bertujuan untuk mewujudkan satu platform bersepadu bagi menguruskan teknologi data bagi membolehkan analisis data masa depan di seluruh lapangan terbang, meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan kos ICT secara keseluruhan.

HUAWEI telah menyediakan pelbagai penyelesaian ICT untuk syarikat penerbangan dan pihak berkuasa kawalan trafik udara di seluruh dunia – membolehkan tranformasi digital digapai sekaligus meningkatkan keupayaan perkhidmatan, kecekecekapan operasi dan pertumbuhan hasil.

Penyelesaian ICT termasuk pusat data modular dalaman / luaran, pelayan dan peranti storan, platform awan yang disatukan, platform analitik Big Data, dan penyelesaian komunikasi berwayar / tanpa wayar bersepadu. Setakat ini, HUAWEI telah menyediakan produk, penyelesaian, dan perkhidmatan ICT untuk lebih daripada 60 lapangan terbang, syarikat penerbangan, dan pihak berkuasa kawalan trafik udara di seluruh dunia.

You might also like