
Senarai Peranti Sony Xperia Yang Menerima Kemas Kini Android Selama 2 Tahun
Jenama Sony mungkin sedikit ketinggalan dari segi reka bentuk, tetapi kini ia mungkin tidak dari segi perisian. Terbaru, mengikut polisi kemas kini Sony Xperia, pengeluar ini akan menyediakan kemas kini selama dua tahun untuk peranti yang baru dilancarkan. Ia sebenarnya lebih daripada permintaan Google kepada pengeluar iaitu selama 18 bulan.
Khabarnya, peranti yang akan menerimanya pula hanya pada kelas atasan dan tidak pada peranti Xperia kelas pertengahan ataupun permulaan. Sony juga memberitahu sekiranya peranti tidak mencapai piawaian atau kepuasan pengguna yang baik, ia tidak akan menerima kemas kini selepas itu.

Antara peranti Sony Xperia yang akan menerima naik taraf ialah Xperia XA1, Xperia XA1 Ultra, Xperia L1, Xperia XA1 Plus, Xperia XA2, Xperia XA2 Ultra, Xperia L2, Xperia X Performance, Xperia X, Xperia X Compact, Xperia XZ, Xperia XZ Premium, Xperia Xzs, Xperia XZ1, Xperia XZ1 Compact.
Jadi, dengan langkah ini Sony mungkin akan menarik semula pengguna mereka untuk mendapatkan peranti Xperia semula. Sony menganggap sistem perisian untuk sesebuah peranti amat penting bagi mengelakkan kerentanan dan masalah sekuriti

