Diskaun Istimewa Sehingga 50% Bagi Ahli MaxisONE Club!

1
Dushyan Vaithiyanathan, Maxis’ Head of Consumer Business (5th from left, bottom row) and Arjun Varman, Maxis’ Head of Postpaid (7th from left, top row), together with the representatives from Maxis’ ecommerce partners, at today’s media event at Menara Maxis.

Hampir 1 juta ahli MaxisONE Club kini berpeluang menikmati tawaran pemulangan wang tunai (cashback) sehingga 50%, diskaun dan juga tawaran khas VIP di lebih 500 laman web e-dagang terkemuka.

Berdasarkan statistik, lebih 13 juta rakyat Malaysia aktif membeli belah dalam talian, oleh itu Maxis dan rakan kongsi e-dagang bersama-sama mengumumkan kerjasama meliputi lebih 100,000 tawaran dalam talian setiap bulan. Tawaran ini meliputi segalanya bagi para peminat membeli-belah dalam talian – dari AirAsiaGo ke Zalora, dan juga dari barangan runcit dalam talian ke pakaian renang dan juga TV pintar.

Selain keistimewaan yang sedia ada, ahli MaxisONE Club kini juga boleh mendapat:

  1. Sehingga 50% cashback tambahan sepanjang tahun
    Ahli MaxisONE Club akan mendapat lebih banyak setiap kali mereka membeli-belah di laman web e-dagang terkemuka melalui ShopBack. Semasa pelancaran, cashback tambahan boleh didapati di 6 laman web utama Malaysia iaitu Lazada, Agoda, Zalora, Booking.com, Groupon dan Fashion Valet.MaxisONE Club_50 Perc Cashback
  1. Dapatkan cashback melalui lebih 500 laman web e-dagang ShopBack
    Setiap seorang daripada hampir satu juta ahli MaxisONE Club juga akan menerima cashback sebanyak RM20 apabila mereka mendaftar dengan ShopBack. Cashback boleh diperolehi dari mana-mana sahaja rakan kongsi e-dagang ShopBack, sama ada laman web tempatan atau luar negara – dari Agoda ke Zalora. Cashback yang dikumpul dalam dompet ShopBack mereka boleh digunakan untuk membayar bil Maxis mereka.MaxisONE Club_Instant Cashback
  1. Tawaran Eksklusif RM1 di Lazada
    Termasuk TV Samsung 48 inci RM1, PlayStation4s RM1 dan GoPro RM1 semasa jualan Maxis PayDay pada 28 hingga 30 haribulan setiap bulan.MaxisONE Club_RM1 Flash Deals
  1. Diskaun eksklusif sebanyak 15% bagi lebih 100,000 barangan di Lazada
    Jualan Maxis PayDay pada 28 hingga 30 haribulan setiap bulan.Dushyan Vaithiyanathan, Maxis’ Head of Consumer Business (5th from left, bottom row) and Arjun Varman, Maxis’ Head of Postpaid (7th from left, top row), together with the representatives from Maxis’ ecommerce partners, at today’s media event at Menara Maxis.
  1. Penjimatan bernilai RM20,000 melalui Tawaran Dalam Aplikasi MyMaxis
    Pelanggan Maxis akan menikmati penjimatan tempat makan, membeli-belah, pelancongan, kesihatan & kecantikan dan hiburan melalui tawaran eksklusif Dalam Aplikasi (In-App) MyMaxis.MaxisONE Club_RM20k Savings

Antara rakan kongsi baru yang baharu ditambah termasuk IJM Land, Ted Baker, Mandara Spa, Hilton Worldwide, Golf House, Hugo Boss, Cerutti 1881, Bebe, Truefitt & Hill dan banyak lagi.

Untuk menyemak status MaxisONE Club, anda hanya perlu memuat turun MyMaxis App di peranti Android atau iOS dan boleh mula menikmati semua tawaran dalam talian ini dengan serta-merta. Selain manfaat baharu MaxisONE Club ini, Maxis turut mengumumkan manfaat membeli-belah dalam talian lebih baik bagi pelanggan pascabayar Maxis yang lain.

2Anda akan menikmati diskaun 10% semasa jualan bulanan Maxis PayDay melalui Lazada dan juga boleh menikmati beratus-ratus tawaran tempat makan, membeli-belah dan gaya hidup melalui MyMaxis App.

You might also like