Preview! Huawei Matebook

1186
- Iklan -

23Sebaik sahaja membuat penampilan sulung dalam Kuala Lumpur Fashion Week, sidang eRing berpeluang mencuba peranti dua dalam satu yang seksi ini. Setiap pembelian Huawei Matebook akan hadir bersama dengan papan kekunci khas dari Huawei yang juga berfungsi sebagai pelindung kepada peranti.

5 4Binaan berkualiti tinggi sangat menyerlah pada peranti ini, kerangka dan badan aluminium jelas memberikan ciri premium dan juga menambah keteguhan peranti. Papan kekunci yang disambungkan dengan pin khas juga tidak mengecewakan, ia mempunyai kemasan yang minimal namun masih berkualiti.

7 6Bagi mereka yang mementingkan peranti mudah alih berkualiti tinggi dan mempunyai rekaan yang elegan, mungkin Huawei Matebook adalah pilihan terbaik anda ketika ini.

Huawei menawarkan 3 variasi bagi model ini pada harga

Model

m3

m5

m7

Harga

RM 3,999

RM 5,399

RM 6,699

Saiz

278.8×194.1×6.9mm

Berat

640g

Paparan

12 inci 2160×1440 piksel IPS TFT LC

Sistem Operasi

Windows 10 Home

Pemproses

6th Gen Intel Core m, dual core sehingga 3.1GHz

RAM

4 GB

8 GB

8 GB

Kapasiti Stor SSD

128 GB

256 GB

512 GB

Kamera

5 Megapiksel

Bateri

4430mAh

Warna

Grey dan Golden

Anda juga boleh mendapatkan aksesori untuk Huawei Matebook melalui portal pembelian atas talian vmall.

Produk

Harga

Huawei MatePen

RM 369

Huawei MateDock

RM 399

Huawei Keyboard

RM 499