Penampilan Sulung Huawei Matebook Di Kuala Lumpur Fashion Week

Photo 1Sesuatu yang unik telah berlaku semasa acara Kuala Lumpur Fashion Week baru-baru ini, dunia fesyen dan teknologi telah bertembung di dalam satu majlis yang penuh glamour dan class. Huawei Matebook muncul buat pertama kalinya di Malaysia pada acara tersebut di samping model yang memperagakan fesyen terkini.

pcHuawei Matebook adalah peranti nipis dua dalam satu yang dibina dengan penuh ketelitian dan butiran, reka bentuk yang elegan membolehkan ia menjadi peneman kepada golongan profesional yang memerlukan peranti yang hebat namun masih bergaya.

Huawei Matebook hadir dalam 3 variasi

Model Pemproses RAM Storan SSD Harga
m3 6th Core™ 4 GB 128 GB RM 3,999 (termasuk Huawei Keyboard)
m5 6th Core™ 8 GB 256 GB RM 5,399 (termasuk Huawei Keyboard)
m7 6th Core™ 8 GB 512 GB RM 6,699 (termasuk Huawei Keyboard)

Photo 3Dalam masa yang sama, peranti P9 dan P9 Plus juga turut melakukan penampilan bersama Huawei Matebook dan model peragaan, P9 dan P9 Plus adalah smartphone yang tidak asing lagi dalam pasaran Malaysia dan dunia, ia merupakan peranti yang mempunyai teknologi kamera hasil kerjasama dengan Leica.

You might also like