Terima Sambutan Meriah, OPPO F11 Pro Catat Rekod Jualan Cemerlang

OPPO nampaknya berjaya mencapai rekod jualan yang mengagumkan menerusi model OPPO F11 Pro apabila mencatatkan peningkatan sebanyak 20% berbanding OPPO F9 tempoh lalu.

Kejayaan ini sekaligus melakarkan pencapaian yang sangat membanggakan dan dijadikan pembakar semangat untuk OPPO terus memacu langkah lebih agresif menghasilkan produk yang lebih inovatif.

Roadshow Jualan Pertama OPPO F11 Pro Di One Utama Shopping Centre, Ground Floor, Highstreet pada 30 Mac Lepas

Tidak ketinggalan, roadshow jualan pertama OPPO F11 Pro di 1 Utama hujung minggu lalu – 30 Mac 2019 juga dilihat menerima sambutan luar biasa! Acara yang sarat dengan aktiviti menarik itu, berjaya menarik perhatian sebahagian besar pengunjung yang dilihat beratur panjang seawal pagi.

Diserikan Dengan Kehadiran Duta OPPO F11 Pro : Pelakon Terkenal, Fattah Amin

Menambahkan keriangan, OPPO dengan kerjasama TikTok kini mengadakan OPPO F11 Pro TikTok Challenge yang menawarkan ganjaran berupa wang tunai & hadiah hebat bernilai lebih RM10,000! Tempoh pertandingan bermula SEKARANG – 20 April 2019! Berminat untuk sertai? KLIK PAUTAN INI untuk butiran lanjut! Good luck gais!

Jom Beli OPPO F11 Pro? 

You might also like