

Xiaomi baru sahaja dilancarkan pada 3 April lalu bagi pasaran Malaysia. Pastinya peranti ini dilengkapi dengan spesifikasi yang terbaik pada harga yang mampu milik. Ia juga menepati ciri-ciri peranti flagship pada tahun 2019. Berikut adalah 9 perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli Xiaomi Mi 9!!!
1# Rekaan Eksklusif

Jika anda lihat sahaja peranti ini, ia pastinya membuatkan anda jatuh cinta pada pandang pertama. Ia dihasilkan menggunakan pantulan metalik dan penampakan warna pelangi. Di hasilkan dengan salutan peringkat nanometer pastinya memberikan 1 nafas baharu bagi rekaannya. Mi 9 ini juga direka dengan rekaan permukaan bahagian belakang yang sedikit melengkung, memberikan keselesaan kepada anda ketika memegangnya. Apa yang pasti, ia juga sangat ringan!!!
2# Pemprosesan Terbaik
Peranti ini Dihadirkan dengan Snapdragon 855. Ia diperbuat daripada 7nm teknologi proses. ia menjanjikan sistem dioptimum dan prestasi dengan pantas. Justeru dengan pemproses ini, prestasi gaming akan 20% lebih pantas, prestasi CPU dipertingkat sebanyak 45% dan prestasi AI sehingga 100%.
3# Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Yang Sangat Pantas

Sudah menjadi kelaziman pada peranti flagship disertakan dengan pengimbas cap jari pada skrin. namun yang menjadikan Mi 9 ini sesuatu yang unik adalah ia disertakan dengan pengimbas cap jari yang lebih pantas iaitu sebanyak 25%. Dengan optical in-screen fingerprint sensor, imbasan akan menjadi lebih tepat dan cahaya yang terlalu terang atau jari yang kering tidak menjejaskan proses pengimbasan.
4# Kamera Belakang Yang Terbaik

Peranti ini dihadirkan dengan 48MP (f/1.75) + 16MP (f/2.2) + 12MP(f/2.2) yang menjanjikan hasil gambar yang menakjubkan. Dengan spesifikasi kamera ini pastinya mampu mengambil gambar di dalam gelap dengan sangat baik. Kalau korang nak tau, peranti ini merupakan sensor imej resolusi tertinggi di dunia.

Peranti ini mampu merakam perincian yang baik walaupun setelah di zoom. Lebih WOW lagi, kamera mi 9 ini merakam gambar dengan lebih banyak perincian berbanding televisyen 4K. Kamera belakang peranti ini juga sangat baik khususnya bagi sudut yang lebih lebar dan juga rakaman dengan jarak yang dekat. Secara asasnya mendapatkan imej yang mempersona memerlukan 3 lensa yang iaitu lensa sudut lebar, telefoto dan Ultra sudut lebar. Ketika-tiga ini dimiliki oleh Mi 9. Ia juga menyokong rakaman makro.
[Baca: Reviu Eksklusif: Xiaomi Mi 9 Menepati Ciri-Ciri Flagship 2019!!! Berbaloi Dimiliki???]
5# kamera Swafoto Yang Menakjubkan
Seperti yang diketahui, Mi 9 ini dilengkapi dengan kamera hadapan 20MP yang pastinya memberikan hasil gambar yang sangat cantik. Kamera hadapan ini merupakan hasil gabungan piksel menjadi 1.8μm pixel yang mana memberikan hasil gambar yang terang walaupun dalam keadaan yang kurang cahaya. AI Beautify dan AI Portrait Modes juga sudah dipertingkatkan yang menjanjikan hasil gambar yang sangat WOW!!!
6# Bermain Game Dengan Asyik

Mi 9 ini menjanjikan kepuasan bermain permainan mudah alih yang epik!!! Prestasinya ketika melaksanakan tugasan ini tidak dapat disangkal lagi, berada dalam keadaan yang sangat baik. Dengan disertakan dengan Adreno 640 dan Game Turbo serta paparan yang mempersona pastinya menjadikan pengalaman bermain game anda lebih seronok. Tiada sebarang lag ketika anda bermain permainan mudah alih ini dalam jangka masa yang lama.
7# Bukan Sekadar Telefon pintar

Perkara ini yang menjadikan peranti ini berbeza dari peranti yang lain. Menerusi ciri ini, ia membolehkan peranti ini menggunakan aplikasi yang dinamakan Mi Remote yang mana ia boleh menjadikan Mi 9 sebagai remote untuk mengawal peranti-peranti lain seperti televisyen, penghawa dingin, kipas, pemain DVD dan sebagainya. Jadi sekiranya anda kehilangan alat kawalan, jangan bimbang kerana Mi 9 ada untuk membantu anda!!!
8# Pengecasan Yang Terbaik!!!
Seperti yang diketahui, peranti ini disertakan dengan pengecasan pantas (27W) yang mampu mengecas dengan sangat pantas. Ia mampu mengecas 34% lebih laju berbanding pengecas (18W). Lebih menarik adalah pengecasan tanpa wayar (20W) peranti ini yang turut menjanjikan kepantasan mengecas. Tidak seperti pengecas tanpa wayar peranti lain, Mi 9 ini mampu dicas penuh selama 90 minit menggunakan pengecasan tanpa wayar ini. Ia 37% lebih pantas berbanding pengecas tradisional (10W) yang lain.
9# Kepelbagaian Tugasan Dalam 1 Masa

Menerusi peranti ini anda boleh menggunakan split screen sekiranya anda ingin membuka 2 aplikasi dalam 1 masa. Ia membolehkan anda melakukan 2 kerja dalam 1 masa. Tiada sebarang lag ketika menggunakan Split Screen ini. Cara tetapannya juga adalah sangat mudah. Anda juga boleh ‘duplicate’ aplikasi di dalam peranti ini. Ini membolehkan anda untuk membuka 2 akaun serentak tanpa perlu log keluar mana-mana akaun. Kan mudah tu!!!
Jadi apa tunggu lagi guys!!! Boleh lah dapatkan Xiaomi Mi 9 di pasaran kerana ia peranti Flagship yang berbaloi untuk dimiliki.
_______________________________
Baca juga:

