- Iklan -

Peranti Berkamera 48MP – Xiaomi Mi 9 Dijual Pada Harga RM1,999!?

Kalau bersembang pasal peranti 48MP, selain yang telah tersedia di pasaran tempatan seperti vivo V15 Pro, OPPO F11 Pro, HONOR View20 dan Redmi Note 7, satu lagi model yang dinanti-nantikan mestinya Xiaomi Mi 9.

 [ PERBANDINGAN ] Peranti 48MP Kamera Utama, Mana Satu Pilihan Anda?

Mi 9 merupakan peranti flagship dari Xiaomi yang dilengkapi spesifikasi premium, antaranya cip pemproses Snapdragon 855, gabungan tiga lensa kamera utama 48MP + 16MP + 12MP, kamera hadapan 20MP, kapasiti bateri 3,300mAh di bawah sokongan pengecasan pantas 27W dan pengecasan tanpa wayar 20W, RAM sehingga 8GB serta storan dalaman sehingga 128GB.

Sebelum itu pendaftaran SIRIM telah pun dibuat dan dikhabarkan akan memasuki pasaran tempatan awal April. Terbaru pihak DirectD telah membuka sesi pra-tempahan Mi 9 yang dijual pada harga RM1,999 bagi versi 6GB RAM + 128GB ROM.

Apa kata anda dengan harga jualan ini? Puas hati? Kongsi pandangan anda bersama kami ya.

_____________________

Artikel Berkaitan:

 

You might also like