MESTI BACA! 10 Jawapan Kenapa Korang Mesti Pilih Siri HUAWEI P30 – Kalau Tak Beli Pasti Menyesal!

Seperti dijanjikan, HUAWEI akhirnya melepaskan waris baru di bawah siri P iaitu HUAWEI P30 dalam sebuah acara pelancaran berlangsung di Paris. Boleh dikatakan ia merupakan model paling menarik dengan penawaran spesifikasi terhebat, inilah 10 jawapan kenapa anda mesti letak siri HUAWEI P30 dalam checklist! Check it out ~

 

💣 Rekaan Premium

Berbeza dengan smartphone sedia ada, siri HUAWEI P30 dibina dengan rekaan menarik mengikut trend semasa – menggunakan kemasan elegen pada panel belakang menjadikannya tampak terbaik. Binaan badan terasa “sedap” dipegang.

Siri HUAWEI P30 dibina dengan paparan dan grafik visual yang cantik – membuatkan anda mencapai kepuasan luar biasa. P30 menampilkan skrin bersaiz 6.1 inci, manakala P30 Pro pula terbina dengan paparan 6.47 inci. Kedua-duanya menyokong resolusi 2340 x 1080 piksel dan hadir dengan takuk kecil.
 
 

💣 Prestasi Baik Dengan Cip Kirin 980

Siri HUAWEI P30 tampil dengan sokongan kuasa dalaman “bertenaga” yang dijana oleh pemproses berprestasi tinggi Hisilicon Kirin 980 – menawarkan kecekapan yang tinggi untuk membawa pengalaman mudah alih terhebat.

Memori tersedia adalah besar dan sesuai untuk menjalankan pelbagai tugasan kerja, mahupun multimedia. HUAWEI P30 memiliki 6GB RAM bersama storan dalaman 128GB. Manakala HUAWEI P30 Pro pula, diselitkan pilihan storan sehingga 512GB serta RAM 8GB.

 

💣 Keupayaan Kamera Dipertingkatkan – Tangkapan Fotografi Lebih Menakjubkan

Salah satu titik utama pada siri HUAWEI P30 adalah bahagian kamera. Ia dilihat menerima penambahbaikan agak ketara. P30 dibenamkan sistem tri-kamera utama menampilkan kombinasi sensor 40MP (utama) + 16MP (wide-angle) dan 8MP (telefoto).

P30 Pro pula memiliki empat buah kamera dan sensor lebih tinggi : kombinasi 40MP + 20MP (Wide Angle) + 8MP (telephoto) + lensa TOF. Gabungan lensa pada P30 Pro mampu mencapai keupayaan 10x hibrid zum dan 50x digital zum.

 

💣Selfie Baik Dengan Resolusi Besar 32MP

HUAWEI P30 dan P30 Pro memiliki kamera selfie dengan resolusi cukup tinggi, 32MP. Dengan sokongan teknologi terbina, ia dilihat menjadi perintis kepada trend selfie yang sempurna bersama hasilan imej wajah terperinci. Ia juga menyertakan sejumlah ciri menarik lain seperti AR Lens yang pastinya menarik hati ramai.

 

💣 Mode Dual-View Video

Selain keupayaan penggambaran yang dipertingkat, siri P30 turut dipertingkatkan dengan spesifikasi unik dan lain dari lain untuk dicuba – penawaran Mode Dual-View Video yang terbina pada model HUAWEI P30 Pro. Ciri menarik ini membolehkan anda merakam video secara serentak menerusi kanta super sudut lebar dan lensa telephoto.

 

💣 Ketahanan Bateri Sepanjang Hari

Kalau perasan, kapasiti bateri dilihat semakin diambil perhatian oleh pembeli pada masa kini. Siri HUAWEI P30 dilengkapi penawaran bateri cukup besar dan pastinya  sesuai dengan gaya pengguna.

HUAWEI P30 hadir dengan bateri bersaiz 3,650 mAh (HUAWEI SuperCharge 22.5W). Manakala HUAWEI P30 Pro pula ditanam dengan bateri berkapasiti 4,200 mAh. Kedua-duanya menggunakan port USB-C.

 

💣 Pengecasan Pantas Mantap & Reverse Wireless Charging

Salah satu ciri yang paling menarik dari Siri HUAWEI P30 adalah sokongan HUAWEI SuperCharge 2.0 di bawah output 40W (melalui USB-C) yang terdapat pada P30 Pro. Melaluinya, bateri boleh dicas sehingga 70% dalam tempoh 30 minit.

P30 Pro juga menyokong pengecasan tanpa wayar pada kadar kuasa 15W yang tercepat di dunia dan pengecasan berbalik dikenali “Reverse Wireless Charging” yang mampu mengecas telefon lain yang menyokong fungsi Qi.

 

💣 Kalis Air Dan Debu

Kebanyakan pengguna kini mencari inovasi dan aspek katahanan mula menjadi trend semasa.  Siri HUAWEI P30 merupakan antara smartphone yang mempunyai pakej lengkap ini. Bagi P30, ia hadir dengan penarafan IP53. Manakala, P30 Pro pula lengkap dengan penarafan IP68.

 

💣 Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin

HUAWEI P30 dan P30 Pro dilengkapi ciri pengimbasan cap jari terbina dalam skrin. Sistem imbasan ini jauh lebih selamat dan pantas, sekaligus menjanjikan pengalaman baru. Andai kata tidak selesa, jangan bimbang kerana HUAWEI turut menyertakan sistem pengecaman wajah pada Siri HUAWEI P30 ini.

 

💣 Warna Menarik Gaya Superstar! 

Lengkap dengan inovasi terkini, tidak keterlaluan jika dikatakan siri HUAWEI P30 mampu mengubah personaliti pengguna. Tersedia dalam lima warna yang menarik seperti Black, Breathing Crytal, Aurora, Amber Sunrise dan Pearl White, kini semua orang boleh bergaya seperti superstar!

You might also like