Ketirisan Samsung Galaxy Note7 Beserta Kotak Pembungkusan Di Saat Akhir

1267
- Iklan -

pic 2_meitu_7Tidak sampai 24 jam sebelum Samsung mendedahkan Samsung Galaxy Note7 secara rasmi dalam acara tahunan Samsung Unpacked 2016, nampaknya ada pihak yang lebih awal berkongsi gambar peranti tersebut di Internet.

Berdasarkan kepada ketirisan gambar tersebut, Samsung Galaxy Note7 dalam warna emas dapat dilihat dengan begitu jelas sekali. Penampilan rekaan yang mirip seperti Galaxy S7 ini sememangnya kelihatan sangat premium reka bentuknya, terutama sekali dengan adanya sokongan paparan melengkung di kedua-dua sisi peranti ini. Berdasarkan kepada gambar itu juga, kedudukan pengimbas mata juga jelas dapat dilihat pada panel depannya.

pic 2
Adakah pembelian Samsung Galaxy Note7 akan turut disertakan sekali dengan aksesori dari jenama tersebut?! Sama-sama kita nantikan kemunculan rasminya nanti.

Apa yang lebih menariknya, selain daripada perkongsian reka bentuk akhir Samsung Galaxy Note7, sumber yang bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut turut berkongsi kotak pembungkusan yang akan didatangkan sekali dengan Samsung Galaxy Note7 nanti. Persembahan kotak yang berwarna putih dengan sentuhan krom berwarna emas itu sememangnya kelihatan sangat menarik. Bahkan terdapat cetakan logo pembuat aksesori terkenal iaitu Spigen di bahagian atas kotak tersebut.