
MWC 2017: Huawei Memperkenalkan P10, P10 Plus dan Juga Watch 2
Pada April tahun lalu, Huawei menggegarkan pasaran smartphone dengan memperkenalkan peranti flagship yang dilengkapi kamera yang dibangunkan bersama pembangun kamera terkenal dunia, Leica. Huawei P9 dan P9 Plus kemudiannya menjadi salah satu smartphone terhangat pada tahun lalu. Pada acara MWC 2017, Huawei memperkenalkan kesinambungan siri tersebut dengan memperkenalkan P10 dan P10 Plus.
Huawei P10 dan P10 Plus mengekalkan majoriti estetik rekaan dari model P9, perbezaan yang ketara boleh dilihat di antara kedua-dua model ini adalah pengesan cap jari telah dialihkan ke panel hadapan pada model P9. Ini mungkin dilakukan Huawei bagi mendapatkan rekaan yang lebih minimal dan kemas pada bahagian belakang. Rekaan unibody logam dengan kemasan anti cap jari yang baru memberikan lebih karakter kepada Huawei P10 dan P10 Plus.
Spesifikasi Huawei P10 & P10 Plus
| Huawei P10 | Huawei P10 Plus | |
| Paparan | • 5.1 inci LCD • 1920 x 1080 piksel • 431ppi • Corning Gorilla Glass 5 |
• 5.5 inci LCD • 2560 x 1440 piksel • 534ppi • Corning Gorilla Glass 5 |
| Pemproses | • Hisilicon Kirin 960 • 64-bit octa-core (4 x 2.4 GHz A73+ 4 x 1.8 GHz A53) |
• Hisilicon Kirin 960 • 64-bit octa-core (4 x 2.4 GHz A73+ 4 x 1.8 GHz A53) |
| GPU | Mali-G71 MP8 | Mali-G71 MP8 |
| RAM | 4GB | 4GB / 6GB |
| ROM | 64GB | 64GB / 128GB |
| MicroSD | Menyokong sehingga 256GB | Menyokong sehingga 256GB |
| Kamera | Utama: • Leica Dual-Camera 2.0 • 12MP + 20MP sensors • f/2.2 aperture • OIS Hadapan: • 8MP sensor • f/1.9 aperture |
Utama: • Leica Dual-Camera 2.0 Pro Edition • 12MP + 20MP sensors • f/1.8 aperture • OIS Hadapan: • 8MP sensor • f/1.9 aperture |
| Bateri | 3,200mAh / Huawei SuperCharge | 3,750mAh / Huawei SuperCharge |
| Kalis air | Tidak | Tidak |
| Sambungan | USB Type-C | USB Type-C |
| NFC | Ya | Ya |
| Perisian | Android 7.0 Nougat / EMUI 5.1 | Android 7.0 Nougat / EMUI 5.1 |
| Warna | Dazzling Blue, Graphite Black, Dazzling Gold, Rose Gold, Greenery, White | Dazzling Blue, Graphite Black, Dazzling Gold, Rose Gold, Greenery, White Ceramic, Mystic Silver, Prestige Gold |
| Dimensi/Berat | 145.3 x 69.3 x 6.98mm / 145g | 153.5 x 74.2 x 6.98mm / 165g |
| Harga | €649 (RM 3047.15) | 64GB + 4GB: €699 (RM3281.9) 128GB + 6GB: €799 (RM3751.42) |
https://www.youtube.com/watch?v=u9PORwYZSCo
Selain dari P10 dan P10 Plus, Huawei juga mengumumkan jam tangan pintar terbaru, Watch 2. Dua variasi diperkenalkan dengan Huawei Watch 2 yang dilengkapi kebolehan LTE nampak lebih sport dan moden manakala Watch 2 Classic pula pilihan untuk mereka yang mahukan rekaan klasik.
Kedua-dua variasi Huawei Watch 2 menggunakan sistem operasi Android Wear 2.0, jadi ia dilengkapi kebolehan yang sangat menarik seperti Android Pay dan Google Assistant. Dengan adanya kedua-dua teknologi utama ini di dalam jam tangan pintar, tugasan seperti membeli belah, mencari maklumat, menetapkan agenda dan pelbagai lagi akan menjadi lebih mudah.
| Huawei Watch 2 | Huawei Watch 2 Classic | |
| Paparan | • 1.2 inci AMOLED • 390 x 390 piksel • 326ppi |
• 1.2 inci AMOLED • 390 x 390 piksel • 326ppi |
| Pemproses | Snapdragon Wear 2100 | Snapdragon Wear 2100 |
| RAM | 768MB | 768MB |
| ROM | 4GB (2.3GB available) | 4GB (2.3GB available) |
| LTE | Ada | Tiada |
| Bateri | 420mAh | 420mAh |
| GPS | GPS + Glonass | GPS + Glonass |
| NFC | Ada | Ada |
| Sambungan | • Bluetooth 4.1 BLE + BR/EDR • Wi-Fi 2.4GHz 802.11 b/g/n Cellular: • GSM/WCDMA/TDS/CDMA2000/TDD-LTE/FDD-LTE (only for 4G version) |
• Bluetooth 4.1 BLE + BR/EDR • Wi-Fi 2.4GHz 802.11 b/g/n |
| Sensor | Accelerometer, Gyroscope, Barometer, Heart Rate Sensor (PPG), CAP Capacitance Sensor, ALS (Ambient Light Sensor), Geomagnetic Sensor | Accelerometer, Gyroscope, Barometer, Heart Rate Sensor (PPG), CAP Capacitance Sensor, ALS (Ambient Light Sensor), Geomagnetic Sensor |
| Kelas Rintangan | IP68 | IP68 |
| Sistem Operasi | Android Wear 2.0 | Android Wear 2.0 |
| Saiz | 48.9 x 45 x 12.6mm | 48.9 x 45 x 12.6mm |
| Lebar Kunci Strap | 20mm | 22mm |
| Warna | Dynamic Orange, Carbon Black, Concrete Grey | Titanium Grey |
Huawei belum mengumumkan harga rasmi peranti ini, namun ia dijangkakan akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei nanti.
https://www.youtube.com/watch?v=a3XKs1PKS3U

