
Google Flights mungkin kurang dikenali rakyat Malaysia kerana ia tidak dapat diakses sehingglah sekarang, servis yang dinanti-nantikan ini kini sudah boleh digunakan penduduk di Malaysia. Servis ini lebih memfokuskan kepada anda merancang perjalanan dan percutian mereka dengan lebih mudah lagi.
Melalui servis Google Flights, anda boleh mencari dengan mudah tiket penerbangan pada harga yang rendah dengan hanya memasukkan tarikh dan informasi asas perjalanan anda, kemudiannya Google Flights akan memaparkan pakej penerbangan terbaik untuk anda.
Namun kelebihan Google Flights tidak terletak pada fungsi carian tersebut. Melalui Google Flights anda boleh merancang perjalanan mengejut dengan meletakkan terma carian tertentu berdasarkan minat anda. Contohnya anda merancang percutian satu minggu ke kawasan pantai, anda cuma perlu meletakkan terma “1 week” dan “beaches” pada carian dan Google Flights akan menyenaraikan tempat dan destinasi yang anda boleh kunjungi untuk percutian anda.
Laman rasmi: https://www.google.com.my/flights/



