Honor 8, Kini Dilancarkan Di Paris!

1Sebelum ini, Honor 8 telahpun rasmi diperkenalkan di China dan Amerika Syarikat. Kini Honor telah mengadakan pelancaran rasmi untuk model ini bertempat di Paris, di samping turut akan dirasmikan serentak di Itali, Jerman, Belanda, Sepanyol, Britain, Rusia dan negara-negara Eropah yang lain. Slogan pada pelancaran kali ini adalah “Beauty. Your own way”.

Honor 8Apa yang istimewanya peranti ini, ia tampil dengan rekaan anggun yang dibina dengan 15 lapisan kaca serta bingkai logam berlian. Panel depan Honor 8 mempersembahkan paparan skrin jenis 2.5D sebesar 5.2 inci beresolusi 1280×1920 piksel dan juga kamera selfie beresolusi 8 Megapiksel. Manakala panel belakangnya tampil lebih menarik kerana dilengkapi dengan dua buah lensa kamera beresolusi 12 Megapiksel yang dibantu oleh auto fokus jenis Laser dan juga Aperture f/2.2.

5783bc8f8a5f4Dari segi sokongan spesifikasi lain pula, Honor 8 tidak mengecewakan kerana ia telah doperasikan oleh Android 6.0.1 Marshmallow serta dikuasakan dengan pemproses Octa Core dari HiSilicon Kirin 950 dan juga cip pemproses grafik Mali-T880 MP4.

Honor 8 telah diperkenalkan dalam dua varian iaitu 32GB/4GB RAM dan 64GB/4GB RAM untuk pasaran Eropah, ia turut disediakan dengan slot kad hibrid yang boleh menyokong kad microSD mencecah sehingga 128GB. Harga jualannya €399 (kira-kira RM 1812) untuk model 32GB/4GB RAM, €449 (kira-kira RM 2039) untuk model 64GB/4GB RAM.

colorTerdapat empat pilihan warna diperkenalkan iaitu Pearl White, Midnight Black, Sapphire Blue dan juga Sunrise Gold.

Kita nantikan pelancaran rasminya di Malaysia pada 6hb September nanti.
You might also like