Jadi Pengguna U Mobile Pertama, Menikmati Data Percuma Tanpa Had Untuk Penstriman Video NetFlix, Facebook Live serta Twitter Menerusi Video-Onz

(Left) Jasmine Lee, Chief Marketing Officer of U Mobile (Right) Lester Chee, Twitter Sales Manager for SEA Emerging Markets
(Left) Jasmine Lee, Chief Marketing Officer of U Mobile
(Right) Lester Chee, Twitter Sales Manager for SEA Emerging Markets
(Left) Jon Tjin Kee, Facebook Client Partner Manager (Right) Jasmine Lee, Chief Marketing Officer of U Mobile
(Left) Jon Tjin Kee, Facebook Client Partner Manager
(Right) Jasmine Lee, Chief Marketing Officer of U Mobile

U Mobile Sdn Bhd, telco yang memiliki rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia telah mengumumkan, mulai hari ini para pelanggan mereka akan dapat menikmati perkhidmatan penstriman video tanpa had, 24 jam setiap hari secara percuma menerusi Video-Onz yang  bertujuan bagi menonton video di Netflix, Facebook dan juga Twitter.2Penambahan tiga rakan kongsi ini menjadikan jumlah keseluruhan rakan kongsi terkini Video-Onz adalah 21, hanya empat bulan sejak ianya dilancarkan. Pelanggan U Mobile tidak perlu risau tentang penggunaan data apabila menonton filem di Netflix secara penstriman video, tayangan siaran langsung di Facebook Live dan memuat naik atau menonoton penstriman video di Facebook dan Twitter.3

Gandingan bersama Netflix, rangkaian TV Internet terkemuka di dunia dengan Video-Onz membolehkan pelanggan U Mobile menikmati pelbagai filem dan rancangan TV asli Netflix seperti Stranger Things, The Get Down, Narcos, Marvel’s Daredevil: Making a Murderer, House of Cards serta pelbagai lagi. Semua pelanggan baru Netflix juga akan menikmati tempoh percubaan selama sebulan secara percuma.

1PERHATIAN!!!

Video-Onz U Mobile menawarkan data tanpa had percuma bagi perkhidmatan penstriman video untuk pelanggan yang berdaftar dengan pakej pelan Hero P98, i130, Ultimate Device Plan 130 dan juga MB 128. Bagi pelanggan-pelanggan pascabayar, prabayar serta jalur lebar yang lain, mereka akan mendapat data tambahan percuma untuk Video-Onz.

You might also like