Maxis 4G & YouTube Lancarkan Filem 360 Darjah Pertama Di Malaysia Sempena Meraikan Hari Kemerdekaan 2016

Bernard Lee, Maxis’ Head of Marketing Communications (2nd from left), together with the Rojak 360° filmmakers – The Ming Thing (far right), Denes / Vimala of Veedu Productions (centre) and Red People (far left) during the premiere of the Maxis Rojak 360° film series earlier today at TGV One Utama.
Bernard Lee, Maxis’ Head of Marketing Communications (2nd from left), together with the Rojak 360° filmmakers – The Ming Thing (far right), Denes / Vimala of Veedu Productions (centre) and Red People (far left) during the premiere of the Maxis Rojak 360° film series earlier today at TGV One Utama.

Sempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2016 yang bakal tiba, Maxis 4G & YouTube telah menayangkan Maxis Rojak 360°, siri filem 360° pertama di Malaysia oleh lima pembikin filem terkemuka tempatan. Menggunakan platform video-melalui-mudah alih 360° YouTube, setiap filem menjemput penonton untuk menggerakkan smartphone mereka di pelbagai arah untuk “melihat Malaysia dari pelbagai perspektif yang berbeza”.

Siri filem Maxis Rojak 360° merupakan hasil kerjasama Maxis 4G serta YouTube, selain dengan bintang-bintang YouTube The Ming Thing dan RED People, pengarah filem Tamil Veedu, pembikin filem pendek Junad Mohd Nor yang telah memenangi anugerah di Pesta Filem Antarabangsa Busan, dan pengarah komersial Barney Chua.

Bernard Lee, Maxis Head of Marketing Communications
Bernard Lee, Maxis Head of Marketing Communications

Selain itu, projek Rojak 360° turut meraikan kepelbagaian Malaysia, di mana ia menonjolkan keunikan dialek tempatan termasuk Hokkien Johor serta Kelate (Bahasa Melayu Kelantan), meraikan tradisi budaya yang kurang diketahui, dan mempamerkan keindahan tempat-tempat berlainan di Malaysia termasuk Batu Caves, Kota Bharu dan Taman Kota Kinabalu.

Audiences wore Samsung Gear VR headsets while watching the films, which allowed them to pan, rotate and explore the films in every direction.
Audiences wore Samsung Gear VR headsets while watching the films, which allowed them to pan, rotate and explore the films in every direction.

Walaupun setiap jalan cerita, lokasi dan bahasa yang dipaparkan adalah berbeza, setiap satu daripada filem-filem Rojak ini membawa naratif Hari Malaysia yang memberi ‘perisa rojak’ “Cham Cham Lagi Best”.

Tiga daripada filem ini akan ditayangkan di YouTube pada 26 Ogos 2016 bersempena Hari Merdeka, manakala dua lagi filem bakal ditayangkan pada Hari Malaysia. Maxis Rojak 360° adalah siri filem 360° pertama di Malaysia yang dirakam sepenuhnya menggunakan kamera 360° tercanggih, dan boleh dilihat pada mana-mana telefon pintar biasa melalui YouTube.

“Rojak 360 Lost and Found” – oleh The Ming Thing
Memberi tumpuan kepada perbezaan kita kadang-kadang membuatkan kita hilang tuju arah. Tetapi menerima perbezaan antara satu sama lain boleh membantu kita pulang ke pangkal jalan.

“Rojak 360 Cham Cham” – oleh RED People
Satu hari di dalam kehidupan seorang rakyat Malaysia, ia dirakam secara 360° daripada sudut pandangan pencerita. Sebuah filem mengenai kepelbagaian dan erti sebenar keluarga.

“Rojak Cow Cow” – oleh Veedu Productions
Sebuah filem mengenai perbezaan antara satu sama lain. Pada satu hari melihat sebuah keluarga berpindah ke rumah baru mereka dengan seekor lembu yang dinamakan Letchumi.

You might also like