Harga Apple AirPods Diumumkan! Apa Pendapat Anda?

1Harga Apple AirPods untuk pasaran Malaysia telah diumumkan di laman stor atas talian Apple Malaysia. Secara jujurnya pasti ramai yang tidak terkejut dengan harga jualan earphone tanpa wayar ini, kerana sememangnya ia dijual pada harga yang tinggi di pasaran luar.

2Pada harga RM 849, kami merasakan terdapat banyak pilihan lain di luar sana yang mampu menawarkan fungsi serupa dan juga kualiti audio yang baik, tidak kira earphone berwayar atau tanpa wayar. Saya sememangnya lebih gemar earphone berwayar kerana mudah untuk digunakan pada pelbagai peranti. Sebagai perbandingan, dengan bajet RM 849, saya boleh mendapatkan earphone tanpa wayar dari pesaing terdekat Apple, iaitu Samsung Gear IconX pada harga RM 699.

2
Samsung Gear IconX

Apa pula kata anda? Adakah berbaloi mendapatkan AirPods pada harga tersebut atau anda lebih rela mendapatkan earphone dari pengeluar lain?

You might also like