
Cepat! Promosi Percuma Aplikasi iOS!
Nah, kami nak belanja anda aplikasi istimewa iOS yang buat sementara waktu ini ditawarkan secara percuma. Kami tidak pasti tempoh tawaran ini akan aktif, tetapi semasa artikel ini dinaikkan kesemua aplikasi ini adalah percuma. Boleh jadi esok mungkin ia akan kembali menjadi aplikasi berbayar, jadi anda perlu cepat!
- Cleaner Pro [ Harga Biasa: USD 2.99 (kira-kira RM 12.56) ]
Ini adalah aplikasi untuk anda menguruskan nombor kenalan di dalam iPhone anda. Aplikasi ini akan mengesan nombor-nombor dengan salinan kedua dan membuang salinan tersebut. Selain itu ada juga fungsi untuk menggabungkan fail kenalan dan juga informasi fail-fail tersebut.
Muat Turun
- Filterloop Infinite [ Harga Biasa: USD 2.99 (kira-kira RM 12.56) ]
Kaki edit gambar bolehlah dapatkan segera aplikasi ini yang menawarkan fungsi talaan yang sangat mudah. Anda cuma perlu tap untuk melihat efek dan talaan sedia ada diaplikasikan kepada gambar anda, kemudian jika anda suka, anda boleh simpan terus ke dalam peranti. Selain itu efek-efek tersebut boleh ditetapkan semula mengikut citarasa anda.
Muat Turun - Time Trial Workout [ Harga Biasa: USD 3.99 (kira-kira RM 16.77) ]
Nah, ini pula untuk yang suka workout. Bila workout mestilah kena ada aplikasi untuk dijadikan rujukan bagi membantu anda melakukan senaman dengan lebih efisien kan. Jadi sementara tengah percuma ni, muat turunlah aplikasi ini.
Muat Turun