
Sebelum ni korang semua kena menjadi pelanggan sedia ada TM ataupun memiliki peranti khas yang tersenarai di dalam laman Webe bagi menikmati pelan data, panggilan dan SMS tanpa had yang kami rasa antara yang power di Malaysia. Bagi mereka yang hari itu berputih mata kerana tidak dapat mendaftar, ini adalah peluang istimewa anda, tapi korang kena cepat!
Promosi #webenow ini dibuka bagi semua yang berminat dengan pelan yang ditawarkan webe, korang akan menikmati penjimatan sehingga RM 120, tidak kira jika korang bukan pengguna sedia ada TM ataupun tidak memiliki peranti yang tersenarai dengan Webe. Dengan pakej RM 79 sebulan, korang akan menikmati data Internet, panggilan dan SMS, semuanya TANPA HAD!
~CEPAT~