Pecah Rekod: Realme 2 Pro Terjual Sebanyak 2,500 Unit Dalam Hanya 3 Jam Pada Acara ‘Shopee 11.11 Big Sale’

Berikutan kejayaan pelancarannya pada 7 November lepas, sub jenama daripada OPPO iaitu Realme telah mencatatkan jualan sebanyak 2,500 unit untuk Realme 2 Pro dalam hanya 3 jam dan merupakan produk ‘terlajak laris’ pada pesta beli belah, ‘Shopee 11.11 Big Sale’!

Pencapaian mengagumkan ini mencipta satu rekod baru bagi jualan pertama di Shopee dan selepas hanya empat hari dilancarkan, telefon pintar kelas flagship Realme terbukti menjadi pilihan baru dalam kalangan golongan muda di Malaysia.

Berikutan pencapaian tersebut juga, Realme jakan menganjurkan satu lagi acara jualan untuk Realme 2 Pro di Shopee Malaysia pada 15 November ini bermula jam 9 pagi. Stay tuned untuk maklumat lanjut mengenai tawaran tersebut yang boleh didapati tidak lama lagi!

Baca Juga:
You might also like