Samsung Galaxy Tab A (2019, 8.0″) Tersedia Di Malaysia – Dijual Pada Harga RM599

Hello geng! Korang mencari tablet ideal pada harga yang sangat berpatutan? Aha! Korang kena pertimbangkan pendatang baru daripada Samsung ini iaitu Samsung Galaxy Tab A (2019, 8.0″). Sangat-sangat sesuai untuk korang!

Ditawarkan pada harga berpatutan, Samsung Galaxy Tab A (2019, 8.0 “) menjanjikan prestasi cemerlang, di samping meningkatkan pengalaman tablet dengan hayat bateri lebih lama serta storan tambahan untuk lebih banyak kandungan.

Samsung Galaxy Tab A (2019, 8.0″) : Black

Bagi pengguna yang multitask – Samsung One UI menyajikan susun atur dua ruang yang membolehkan pengguna melihat lebih banyak kandungan dalam satu masa. Selain itu, ia juga menawarkan pengalaman tontonan yang luas dan hanya memerlukan satu tangan untuk dikendalikan.

Samsung Galaxy Tab A (2019, 8.0″) : Silver

Tersedia dalam dua warna menarik iaitu Black dan Silver, Samsung Galaxy Tab A (2019, 8.0 “) ditawarkan pada harga RM599. Bagi yang berminat, cepat-cepat dapatkannya segera dan untuk maklumat lanjut, sila layari Samsung Online Store.

 

SPESIFIKASI SAMSUNG GALAXY TAB A (2019, 8.0″)

  • PAPARAN : 8.0″ WXGA TFT (1280x 800)
  • AP : Qualcomm (QUAD 2.0GHz)
  • Memori : 2GB + 32GB (microSD sehingga 512GB)
  • Kamera : 8MP + 2MP
  • Speaker : Dual Speaker
  • Bateri : 5,100 mAh
  • Port : Micro USB
  • Berat : 374g
  • Harga : RM599
You might also like