
HONOR 8X Catat Kutipan Jualan Yang Menakjubkan, Terjual Lebih Dari 15 Juta!
HONOR pastinya sebuah jenama yang sangat popular khususnya dalam kalangan belia. Terkini, HONOR 8X yang dilancar tahun lepas dilaporkan telah terjual lebih dari 15 juta sehingga hari ini.
Hal ini telah diutarakan oleh naib Presiden HONOR, Xiong Junmin, yang mana beliau menyifatkan jualan peranti ini sangat menakjubkan. Sehingga Oktober lalu sahaja, sebanyak 10 juta telah dijual. Tidak hairanlah apabila ia dikatakan antara model yang paling laris dalam barisan peranti HONOR.

Jualan yang memberangsangkan ini mungkin disebabkan spesifikasi yang menakjubkan bagi kelas pertengahan. Hadir dengan skrin bersaiz 6.5 inci LTPS LCD dan dikuasakan oleh Kirin 710 serta 4GB RAM dan 128GB storan memberikan prestasi yang lancar.
Aspek kamera juga baik apabila ia dihadirkan dengan dwikamera 20MP (f/1.8) + 2MP (depth) bagi kamera belakang manakala 16MP bagi kamera hadapan. Kapasiti bateri juga cukup baik apabila ia dihadirkan dengan 3750mAh.
Berita baik apabila HONOR 8X yang dijual pada harga RM949 kini boleh dimiliki pada harga RM799.

