
Selamat Tinggal Vine :(
Twitter telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan Vine dengan aplikasi mobil menjadi korban pertama. Akses Vine masih lagi aktif ketika ini namun dijangkakan sekitar bulan hadapan atau tidak lama lagi, semua pengguna tidak lagi boleh mengakses media sosial berasaskan video itu.
Langkah penutupan Vine dilihat satu lagi petanda bahawa Twitter sedang dilanda masalah. Baru-baru ini berita bahawa Twitter menghadapi masalah untuk mencari pelabur dan pembeli hangat diperkatakan, keadaan kewangan mereka menjadi punca utama ramai pembeli berpotensi menarik diri. Selepas Vine, dijangkakan lebih 300 pekerja Twitter pula akan hilang pekerjaan sebagai salah satu solusi Twitter untuk mengurangkan kos operasi.
SUMBER BLOG VINE