
Main Subway Surfers Airtime Menerusi Aplikasi Snapchat
Anda pasti pernah mendengar aplikasi Snapchat yang mempunyai pelbagai fungsi dan filter menarik. Tapi bukan itu sahaja tau, sekarang anda boleh bermain game menerusi aplikasi ini iaitu Subway Surfer Airtime.

Permainan ini merupakan sebuah permainan perlumbaan online berbentuk side-scroller berdasarkan siri game mobile lari tanpa henti (endless runner) popular.

Menariknya, seramai 10 orang pemain dibenarkan untuk melompat dan meluncur dan mengelak halangan sehingga anda berjaya sampai ke garisan penamat. Terdapat beberapa mode yang menarik antaranya Quick play, Challenge Friends dan sebagainya.

Bagi mengakses Snap Games, anda hanya perlu membuka chat atau group chat bersama teman anda dan tekan logo Rocket di bahagian Chat bar.
__________________________
Artikel Berkaitan:
- Pasukan Malaysia Raih Kejuaraan Di Taiwan Excellence Esports Cup (TEEC) Grand…
- Lenovo Memperkenalkan Legion Truck Di Malaysia – Rasai Pengalaman Gaming Yang…
- Permainan The Outer Worlds Bakal Tampil Dengan Resolusi 4K Bagi Xbox…
- Tarikh Kehadiran Vampire: The Masquerade Bloodline 2 Ditunda!!

