
MYGROSER – aplikasi kedai runcit dalam talian Malaysia kini dirasmikan di platform iOS dan Android. Perkenalan aplikasi baharu ini bertujuan membantu pengguna menjimatkan masa, wang dengan lebih mudah dan selamat, di samping mengelakkan kesesakan jalan, cuaca buruk, isu ketiadaan stok, melangut di kaunter pembayaran dan isu parkir kenderaan.
Pengguna selain boleh membeli barangan runcit dengan cara yang lebih selamat dan mudah, bahkan juga dapat menikmati ganjaran penebusan Baucar diskaun, serta pilihan Penghantaran Percuma*. (*Tertakluk pada syarat & terma)
Ciri-ciri Aplikasi MyGroser
- Tawaran Istimewa Produk
- Barangan Keperluan Mingguan
- Produk Buatan Malaysia
- Pilihan Rakyat Malaysia
- Kawasan penghantaran lebih luas termasuk Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Subang Jaya, USJ, Putra Heights, Shah Alam, Batu Caves, Cheras, Ampang, Puchong, Bangsar, Mont Kiara, Damansara, Damansara Heights, Hartamas, Kepong, Sunway, Tropicana, Klang, Bandar Utama, dan komuniti di sepanjang lebuh raya Kesas, Elite, LDP serta di beberapa bahagian NKVE.
- Penghantaran pada bila-bila masa antara 9:00 pagi dan 9:00 malam, tujuh (7) hari seminggu
MyGroser kini dibuka untuk pendaftaran akaun, pengguna dan perniagaan yang mendaftar sekarang akan menerima kredit PERCUMA dan baucar penghantaran PERCUMA, serta berpeluang untuk mendapat kredit rujukan di samping pelbagai faedah lain.

