
Pengemar Playstation 4 pastinya cakna mengenai permainan MMORPG Black Desert yang bakal 22 Ogos 2019. Anda juga sudah boleh melakukan pra-tempahan walaupun permainan ini masih belum tersenarai dalam PSN Store di Malaysia.
Apa yang menariknya adalah anda boleh menyertai sesi percubaan beta yang mana ia boleh dilakukan dari 9 hingga 13 Ogos.

Justeru, pemain yang ingin mendaftar percubaan beta ini, boleh terus ke laman sesawang Black Desert.
Disebabkan ia masih belum tersedia bagi rantau Malaysia, anda boleh mengisi ruangan rantau tersebut dengan rantau ‘lain’.
Lebih mengujakan apabila Pearl Abyss menyatakan bahawa pemain tidak perlu untuk melanggan Playstation Plus. Menariknya, anda boleh mendapatkan ganjaran seperti haiwan peliharaan di dalam permainan ini Sky Hawk setelah ia rasmi dilancarkan.
Sebelum ini, permainan ini telah dihadirkan dalam versi Xbox One dan PC. Jadi versi PS4 ini pastinya akan mewujudkan keterujaan kepada peminat game ini.

