

Sempena Hari Pendengaran Sedunia yang jatuh pada 3 Mac yang lalu, Nessa Hearing selaku penyedia dalam penyelesaian penjagaan pendengaran paling inovatif di Asia telah membuka pusat khidmat pendengaran pertama di Malaysia yang terletak di Sunway Nexis, Kota Damansara. Pusat ini memberikan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit dalam menjalani ujian dan pemeriksaan serta penyelesaian khusus bagi mereka yang menghadapi masalah pendengaran.
Menurut kajian yang dijalankan, Nessa mendapati seramai 70% rakyat Malaysia masih belum menjalani ujian telinga. Masalah pendengaran paling biasa ialah telinga berdengung iaitu 35%, kesukaran untuk mendengar sebanyak 25%, dan selebihnya masih belum dipastikan. Kebanyakan mereka yang menghadapi masalah ini tidak tahu di mana untuk mendapatkan bantuan.

Dengan pembukaan pusat khidmat Nessa, kini mereka yang mengalami masalah pendengaran boleh mendapatkan nasihat dan bantuan. Pusat khidmat seluas 3,000 kaki persegi ini menyediakan tiga bilik ujian yang diketuai oleh sepasukan 10 ahli audiologi. Ahli yang bertauliah ini berkelayakan untuk mengesyorkan penyelesaian penjagaan pendengaran dan preskripsi alat bantuan yang tepat serta berkesan.
Nessa juga telah membuka sembilan kemudahan khidmat pendengaran lain menerusi kerjasama kedai optik di sembilan lokasi seluruh Malaysia. Antara lokasi yang dipilih ialah Alor Setar, Kuala Perlis, Butterworth, Pulau Pinang, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor Bahru, dan Kota Bahru.

Pada masa sama, Nessa juga merancang untuk melebarkan sayap dengan membuka lebih 20 pusat khidmat pada tahun ini dan tahun hadapan khusus untuk menangani masalah kehilangan pendengaran yang semakin ketara di negara ini.
Layari Nessa Malaysia untuk maklumat lanjut.

