
Baru-baru vivo Malaysia telah mengadakan satu kempen bertemu orang ramai di IOI City Mall, Putrajaya. Kempen yang diadakan di pusat membeli-belah ini turut menampilkan beberapa duta jenama antaranya Janna Nick, Alvin Chong, dan yang terbaharu Raf Yaakob.
Seperti yang ramai tahu, temasya sukan bola sepak FIFA World Cup 2018 akan berlangsung di Moscow, Rusia tidak lama lagi. Jadi untuk menyambutnya, vivo selaku penaja rasmi telefon pintar telah menganjurkan satu peraduan dimana orang ramai berpeluang memenangi tiket menyaksikan perlawanan bola sepak di sana.
Peraduan yang terbuka kepada orang ramai ini memerlukan peserta mengambil gambar swafoto bersama elemen vivo V9 dan FIFA dengan meletakkan #FIFANtastic. Ia haruslah dimuat naik ke laman sosial seperti Facebook atau Instagram bermula 7 April hingga 9 Mei 2018. Selain itu, peserta juga dikehendaki untuk ‘Like’ dan ‘Share’ pos berkaitan vivo dan FIFA untuk melayakkan diri.
Pemenang dengan swafoto paling kreatif akan dipilih untuk bersama dengan Janna Nick menyaksikan perlawanan bola sepak. Disamping itu, pemenang juga akan diberikan akses ‘pintu belakang’ untuk bertemu pemain bola sepak dengan lebih dekat lagi.
Melalui kerjasama dengan Astro dan eGG Network, vivo turut menjalankan satu pertandingan permainan video FIFA 2018 kepada kaki gamer di luar sana. Hadiah yang ditawarkan agak menarik sekali, pemenang yang terpilih akan diberikan sepasang tiket untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir FIFA 2018 bersama hadiah lain dan cenderahati eksklusif FIFA World Cup 2018. Pertandingan akan diadakan di beberapa tempat seperti:
- Pulau Pinang: 13 hingga 15 April 2018, Sunway Carnival Mall
- Melaka: 27 hingga 29 April 2018, Dataran Pahlawan Melaka Megamall
- Pahang: 4 hingga 6 Mei 2018, Kuantan City Mall
- Lembah Klang: 11 hingga 13 Mei 2018, Sunway Pyramid
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti vivo dan FIFA World Cup 2018, boleh layari laman Facebook rasmi vivo Malaysia.