Digi Jual Huawei P20 Pada Harga RM959 Dengan Syarat…

Hari ini merupakan hari pertama penjualan Huawei P20 di pasaran Malaysia. Jadi, beberapa syarikat telco mula mengadakan promosi termasuklah Digi. Kini, para pelanggan Digi sedia ada dan yang masih belum mendaftar boleh memiliki peranti Huawei P20 dan Huawei P20 Pro pada harga serendah RM959 sahaja.

Peranti ini ditawarkan bersama pelan pascabayar Digi Postpaid 80, 110, 150 Family, dan 250 Family diikuti kontrak selama 24 bulan dengan Gboost (internet tambahan 10GB). Ia didatangkan dengan internet 20GB sehingga 120GB dan kesemua pelan dilengkapi panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Bagaimanapun, pelanggan perlu mengemukakan bayaran pendahuluan sekurang-kurangnya RM2,019 untuk Huawei P20 dan RM2,619 untuk Huawei P20 Pro. Di bawah kami sertakan jadual untuk dijadikan sebagai rujukan:

Pelan untuk Huawei P20

 

Pelan untuk Huawei P20 Pro

Dalam masa sama, pelancaran Huawei P20 oleh Digi hari ini telah menjemput beberapa tetamu khas untuk mencuba kehebatan kamera Huawei P20 menerusi permainan Sky Diving di AirRider, Pusat Membeli-Belah 1 Utama, Petaling Jaya.

You might also like