
Samsung Malaysia hari ini mengumumkan kemasukan sebuah peranti terbaharu ke pasaran tempatan iaitu Samsung Galaxy J2 Pro. Telefon pintar ini pada mulanya telah diperkenalkan di pasaran Vietnam pada Januari lalu. Harga yang ditawarkan untuk Samsung Galaxy J2 Pro ialah RM499.
Peranti ini duduk di bawah kelas permulaan dengan spesifikasi seperti paparan 5” Super AMOLED (540 x 960p) yang disertakan bersama cip pemproses Snapdragon 425, RAM sebesar 1.5GB, dan storan 16GB. Ia juga dibekalkan kamera utama 8 Megapiksel LED flash disamping kamera swafoto 5 Megapiksel.
Didatangkan dengan ciri sokongan kad mikroSD, peranti ini dikuasakan Android Nougat 7.1 Nougat, bateri berkapasiti 2,600mAh dan sokongan dwi-SIM slot.
Samsung Galaxy J2 Pro mula berada di bilik pameran Samsung Experience Store bermula hari ini. Terdapat empat pilihan warna antaranya Blue Silver, Pink, Black, dan Gold.