
Lagi Gambar Bocor LG G6
Kita sudah sedia maklum bahawa LG akan memperkenalkan model G6 pada acara MWC 2017 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Namun selamat diandaikan bahawa ramai dari kita yang masih teruja dengan peranti ini dan tidak sabar untuk melihatnya.
Satu lagi imej bocor LG G6 telah tersebar. Ia menunjukkan panel hadapan dan belakang dan nampaknya ia cukup selari dengan gambar-gambar bocor sebelum ini. Jadi ada kemungkinan reka bentuk ini akan kita lihat semasa pelancaran LG G6, kita tunggu dan lihat.

