Facebook Memperkenalkan Stories

Bagi mereka yang sudah mengemas kini aplikasi Facebook kepada versi terbaru, anda pasti sudah perasan terdapat pembaharuan yang ketara pada antaramuka aplikasi sosial itu.

Melalui fungsi Stories, anda boleh berkongsi rakaman video yang boleh diakses kenalan selama 24 jam sebelum ianya dipadamkan dari laman sosial tersebut. Anda boleh terus merakam video anda dari dalam aplikasi dan menggunakan pelbagai efek yang disediakan pada fungsi ini.

Sebelum Facebook memperkenalkan Stories, fungsi ini sudah pun digunakan secara meluas pada aplikasi Snapchat dan juga Instagram. Jika anda mahu mencuba Stories, pastikan anda menggunakan aplikasi Facebook versi terbaru.

You might also like